Ya!Aku kembali.
Sekian lama aku menjerukkan diri ini.Pada mulanya hanyalah mogok kecil selepas dari entri yang lepas.Tapi secara tiba-tiba jeruk diri ini makin masam apabila berlaku rentetan episod luka dan duka.Bukan luka cinta.Mahupun luka rindu.Tapi luka aku dibayar dengan harga yang mahal untuk menempuhi episod tersebut.
Ya!Aku kecederaan.
Aku akur dengan kehendakNya apabila aku diberi padah yang menimpa tatkala sekelian umat Islam di muka bumi ini menikmati kepuasan juadah untuk berbuka puasa.Tiada yang lebih perit apabila melihat orang yang tersayang turut terlibat dalam kancah kecederaan fizikal yang aku alami.Turut cedera.Bukan prinsip aku untuk melibatkan orang lain dalam permasalahan yang aku alami.Tapi aku melanggar prinsip.Aku telah melanggar estetika norma seorang jejaka pilihan kekasih.Err..estetika manusia.Aku tidak sepatut mengheret N dalam situasi tersebut.
Kepada N,aku pohon juta kemaafan.Mungkin tidak cukup untuk menimbal luka-luka yang kamu alami.Mungkin tidak cukup untuk menyambung retakan jari mongel mu itu.Mungkin tidak cukup untuk menghilangkan parut-parut luka di kakimu.Tapi itulah kata-kata yang mampu aku lafazkan.Dalam tidak sedar,kasih ku makin bertambah apabila melihat kejernihan terpancar di wajah N.Dia tetap tabah dan ceria.Dia sanggup menerima kecelakaan ini dengan redha walaupun pada mulanya agak murung.Mental depression.Alah bagi sesetengah manusia.Tegal bagi sesetengah manusia.
24 hari.
24 hari aku bercanda.Bercuti.Menjadi jeruk di dalam rumah.Hari yang paling lama pernah aku bercuti dalam waktu bekerja.Masing-masing faham.TSDMKAB pun faham.Aku mungkin bukan pekerja yang beretika mulia.Tapi mereka mungkin faham apa yang aku lalui.Terima kasih kerana tidak menganggu aku ketika di waktu percutian.Go to hell buat Encik J kerana menganggu aku pada hari ke 3 percutian aku.Asshole!
Astargfirullahalazim..
Kurang elok maki orang.Tapi untuk kali ini,dia patut dimaki.OK.Case closed.Aku tidak mahu menambah dosa yang makin bertambah.Lagi 2 bulan aku akan menanggung dosa tambahan dari orang lain.Jadi aku bercadang untuk mengurangkan perlakuan dosa aku yang sedia ada.Harap-harap tidak banyak dosa yang dibuat oleh dia di masa hadapan.Termasuk juga aku.
Gembira.
Rumah baru aku sudah tersedia.i'm here baby.Wait for me.i'll be there.
p/s:Nantikan garapan Karya Cinta Agung di entri akan datang.Akan dijilidkan tidak lama lagi.Nantikan kemunculannya.TUNGGU!