2007-05-14

Kursus " Halal Untuk Jima' " Day 2

pukul 8.25am...

aku sudah sampai bersama pasanganku di perkarangan dewan kecil kursus ini.perutku kelaparan.ketika melalui di hadapan pintu aku nampak urusetia sedang mencedok bihun goreng untuk para peserta.mmm..nasib baik ade makan..

pukul 8.45am...

ceramah pun bermula.seperti biasa,ustaz memberi penerangan tidak mengikut modul pengajaran..lebih ke arah lawak senario..tapi kira ok juga la..kiranya untuk tidak mengantuk la tu..bla..bla..bla..bla..bla..

........................

........................

ustaz buat lawak....aku gelak....ustaz buat lawak...aku gelak...ustaz buat lawak..aku gelak..

pukul 11.30am...

rehat minum pagi..makan kuih karipap dan kuih cekodok pisang..air sarsi..

pukul 11.45am..

sambung kursus semula..ustaz lain..tajuk mengenai "hubungan suami isteri"..aku hanya mampu dengar dengan perasaan yang membosankan..walaupun ustaz ni suara dia amat kuat..

pukul 1.30pm..

jeng!jeng!jeng!...fuhhh..lega..lunch break...

pukul 2.30pm...

sambung kembali..ustaz cuba membuat lawak tongeknya..aku cuba gelak..tapi tidak berapa upaya..mengantuk gila..lawan punya lawan punya lawan punya lawan....kalah jua..aku akur..aku terus tidur....

..................................

..................................

pukul 4.30pm..

ustaz lain ambil alih..kali ini aku segar..sesungguhnya ustaz yang last ni memang lawak..sudah macam S.Kadarisman..aku ketawa sampai mengalir air mata..lawaknya bercampur aduk..ada lucah..ada fakta..ada lucah..ada fakta..lucah semata..
mmm..sememangnya aku dilahirkan untuk dipojokkan dengan bahan lucah..barulah bersemangat badan ni..

pukul 6.30pm..

selesai sudah kursus RM80.00 aku ni..di sini dapat aku simpulkan bahawa kursus yang aku hadiri ini seperti aku menonton cerita senario tiap-tiap hari Rabu...mmm...baik tak payah pegi..tapi orang yang paling gembira ialah pasanganku..fuhh..lega..katanya..

entahlah..pada aku kalau hendak berkahwin,kursus atau ape jua penerapan pun tidak perlu..yang penting kesedaran pasangan itu dan juga kesediaaan dirinya untuk berkahwin.kalau sudah bersedia,bermakna segala macam bab dalam kursus itu sudah diketahui.bukan bermakna kahwin itu sah jika adanya sehelai sijil yang boleh dibeli di mana-mana.pelik.

tapi di dalam kota KERAjaan metropalat ini,semuanya perlu berKERTAS.itu adalah bukti.sijil nikah,kad nikah dan macam-macam lagi.karut.mungkin selepas ini akan ada sijil tunang..segalanya on paper..

bagus la kot....kata sahabatku A..

Tiada ulasan: