semalam adalah hari yang memenatkan..begitu banyak agenda yang perlu aku bereskan..pagi-pagi lagi F dah kejutkan aku..mengadu perutnya sakit..tak boleh berak katanya..aku syorkan makan pisang banyak-banyak..setidak-tidaknya pergi beli ubat pam lubang bontot..kemudian aku pergi kerja seperti biasa..
kerja..
kerja...
kerja..
letih aku..kerja yang tidak ada kesudahan..pegi-balik-pegi-balik kerja saja..seminggu yang lepas aku ada terjumpa dengan salah seorang penyewa aku..chinese guy..sekadar berbual kosong..dia ni kiranya boleh jadi tukang tilik..aku beri tarikh lahir..kemudian dia mengomel sorang..dia cakap yang aku seorang yang bertanggungjawab dalam pekerjaan..tapi selalu berpusing suatu kawasan sahaja..maksudnya walau bagaimana aku berusaha untuk berjaya dalam pekerjaan itu,aku tetap akan balik ke belakang..its in one circle...aku akan balik ke tempat asal di mana aku bermula..seperti sia-sia...tapi aku tetap dapat apa yang aku kehendakkan..cuma perjalanannya mengelirukan..berpusing-pusing..
aku termenung...ada betulnya juga kata apek ni..kemudian dia ceritakan sedikit demi sedikit tentang diri aku berpandukan tarikh lahir aku dengan konsep dan juga prinsip-prinsip tilikannya itu..80% ceritanya betul..atau kebetulan?
aku kurang senang kemudian aku pun balik ke pejabat..dalam perjalanan aku tetap terfikir kebenaran apek ni yang tak offer aku minum langsung..dalam almari ada JD yang belum buka lagi..cess..
.......................
pukul 4.15pm aku diberitahu yang F telah dimasukkan ke hospital kerana disyaki mengalami batu karang..mmm..dok tahan kencing lagi..3 hari..malamnya aku melawat..sebelumnya aku menculik sahabatku yang baru sampai dari singapura kemudian terus ke hospital..
pukul 10pm balik ke rumah dengan keletihan..sebelum tidur aku bermesra dengan pasanganku..cuma bertahan 25minit..hari terlalu panas..
ok....
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan