Duah buah filem yang dipertontonkan dalam tempoh yang terdekat.Sememangnya kedua-dua filem ini berlatarbelakangkan situasi yang berbeza.Begitu juga budaya.Di sini dapat aku simpulkan di mana kedua-dua filem ini ada follower yang tersendiri.Cuma seorang di alam nyata dan lagi seorang di dalam dunia komik.Afdlin sememangnya boleh dilabelkan sebagai pengarah yang berkebolehan dan juga mampu memberi impak dalam filem-filemnya yang berbeza.Spiderman sememangnya satu watak komik yang amat diminati di seluruh dunia.Afdlin dipanggil watak nyata.Spiderman dipanggil watak kurang nyata.logik vs tidak logik.
Dari awal lagi aku memang berharap kali ini Afdlin dapat melayarkan kelainan dalam karyanya.Sememangnya SumoLAH punyai kelainan.kelainannya "kurang kick"..maaf!.Kehadiran Gurmit Singh tidak menjamin kelainan.Begitu juga Inthira Chardepura.Tapi kredit harus diberi kepadanya kerana mampu memberi "gaya yang menarik dan cantik".Terpukau aku seketika kalau dibandingkan watak dalam filem Nang Nak.
Tapi serius!memang kurang menarik.Moral yang diberikan oleh Afdlin adalah terbaik.Sememangnya nilai moral yang disindir dalam penceritaan Afdlin amat related dengan kehidupan masyarakat Malaysia.Terutama manusia yang bergelar Melayu!Tidak seperti Spiderman yang hanya terlalu menyengkakkan pemikiran dan pemandangan dengan nilai sebuah cinta yang begitu meleret sehingga kita lupa yang ditonton adalah garapan dari sebuah komik.Terlalu melampaui nilai estetika sebuah cinta.Mungkin episod 3 ini terlalu dimomokkan dan dipengaruhi karya Romeo n Juliet.Membosankan!Sememang di luar jangkaan.
Berbalik kepada SumoLAH,Afdlin dikira watak superhero yang berjaya mengembalikan maruah kedai sushinya yang dikira mewakili maruah,prinsip,dan juah yang ada dalam diri masing-masing.Bersama-sama Awie dan Radhi Khalid.Dalam konteks disiplin yang ada dalam diri(untuk melayu sahaja),sememangnya disiplin masyarakat Jepun tiada tolok bandingnya.Cuma Afdlin berjaya mem"balance"kan estetika nilai murni melayu pada babak perbincangan hal tarik kedai.Maaf!bukan Melayu..tapi masyarakat Malaysia."macam nila..orang Malaysia."Memang orang Malaysia pandai bernegotiate..tak kira apa kes.Lambat bayar hutang,lari daripada along,lambat bayar kereta,lambat sampai tempat kerja dan juga segala macam lambat!
Walaupun Spiderman 3 dikira sebagai filem yang paling membosankan,Ia dikira pemenang.Pemenang dalam menarik perhatian rakyat Malaysia ke pawagam.Jenama Spiderman lebih mahal daripada Jenama Ramlee.Bezanya seperti LEVI's asli dengan LEVI's siam yang dibeli di Padang Besar.Maaf!Itulah hakikat.Afdlin kena akur dengan pencaturan jenama yang dipertontonkan kepada tembolok masyarakat Malaysia.Tidak perlu kecewa dengan apa yang berlaku.Afdlin sudah buat yang terbaik setakat ini walaupun seperti kalah dengan Baik Punya Cilok.
Banyak lagi aku akan komenkan nanti..masa tidak mencukupi..tunggu..walaupun sumoLAH kalah 0-1..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan