2006-06-17

pluralisme=liberalisme=Malaysia?

sedikit sebanyak topik ini telah menarik perhatian aku untuk berwadah di sini..sejak beberapa hari yang lalu,selain fiesta world cup yg sedang berlangsung,tak terlepas pandang aku di dalam akhbar berkenaan tentang 'kongsi raya'...majlis Fatwa Kebangsaan telah berdiskusi pada muzakarah ulama di ipoh(mungkin)tempoh hari,dan telah membincangkan pasal kongsi raya ini..
di sini mereka telah membincangkan kepincangan apabila kongsi raya itu disalah interpretasikan..
mm..setelah sekian lama fiesta"kongsi raya" diraikan di malaysia,baru seketika ini para ulama memandang serius tentang mereka yg disifatkan amat khuatir..pada pendapat aku,xde ape yg perlu dipertikaikan hanya kerana maksud kongsi raya itu disalahertikan boleh membawa ke arah liberalisme dalam islam...
seperti yg aku paham,di Malaysia ini memang menolak 100% konsep liberalisme dan juga pluralisme di dlm islam..perlu ditekankn di sini yg pluralisme dan liberalisme adalah suatu konsep yg berbeza...sememangnye konsep ini(atau bleh diklasifikasikan "fahaman"?) telah lama menular di negara2 Asia spt india,pakistan dan juga jiran kita,indonesia...sbg contoh di indonesia sudah ada kelompok yg dipanggil Jaringan Islam Liberal(JIL)..kumpulan ini telah diharamkan di indonesia..meraka membawa konsep liberal dlm islam..apa yg aku tau,mereka menyamaratakan setiap agama adalah sama dalam dunia..mereka menekankan supaya Al Quran ditafsirkan sekali lagi berdasarkan konteks zaman semasa..xperlu utk menuruti zaman dahulu yakni zaman rasulullah s.a.w..tp itu di Indonesia..
Di Malaysia ni kalau kite nk terapkan liberalisme memang dikecam..tp pada aku bile diorg(ulama) dok nak kaji balik konsep kongsi raya,xperlu..ini sebenarnya bergantung pada hati...benda spt kongsi raya tu xsemestinye bleh menjurus ke arah syirik or yg bleh dipandang ke arah liberal..seolah2 mereka berfikir yg kongsi raya tu menunjukan kesama rataan dalam agama..menyambut fiesta agama masing2 secara bersama..pada aku tidak ada celanya kalau kite sbg rakyat malaysia yg bijak pandai bleh begitu ortodoks skali permikiran utk meletakan diri dalam situasi melihat agama semua sama..di sini aku nak tegaskan xsemua benda spt itu menyeleweng..pokok pangkal nawaitu...
tidak salah kalau kite menghormati perayaan agama lain sedangkan kite tahu batas2 nye tahap samapai mana..di sini ianya menyentuh sedikt pasal pluralisme..pluralisme ni lebih ke arah konsep memberi kesama rataan kepada semua kaum dalam beragama..lebih kurang camtu..sememangnye pluralisme ade kaitan ngn liberalisme..di Malaysia pada aku bleh di katakan konsep pluralisme ade diterapkan di sini...tp harus diingat!!bukan bererti yg ekstremis,just dari segi konteks kemasyarakatan,budaya(kongsi raya),dan sosio ekonomi..Malaysia rakyat nyer berbilang kaum..so,sedikit sebanyak fahaman pluralisme ade di sini..tp jgn disalahtafsirkan di sini..maaf jika salah kata2..tp aku cukup terkilan dgn para ulama yg membuta tuli utk menfatwakan sesuatu perkara just kerana melihat dari segi konteks satu arah..aku bersetuju yg kongsi raya still dlm perbincangan..tp sebenarnya perkara itu xperlu diketengahkan dan dibincangkan langsung!!nonsences!!..kalau xkerana seorg yg terpikir utk dibincangkan,suma org xkan berfikir...byk lg benda yg harus dipojok kan oleh mereka..


aku bukan ulama..hanya seorg yg suka berfikir...


pluralisme n liberalisme akan dibincangkan lg..ade lg yg aku nk pojok kan di sini...