2007-05-14

tak serik serik aku cari..

hehehe..sekian lama aku mencari..at last aku jumpa juga blog ni..i like the way how this gurl vomitted her point n for sure she's fucking honest!!..hehe...dari apa yang aku baca la..correct me if i'm wrong,misstakserikserik...

teruskan update ur blog,aite?(even u oredi in canada or maybe somewhere around the world that call NO GOD country..wakakaka)

Kursus " Halal Untuk Jima' " Day 2

pukul 8.25am...

aku sudah sampai bersama pasanganku di perkarangan dewan kecil kursus ini.perutku kelaparan.ketika melalui di hadapan pintu aku nampak urusetia sedang mencedok bihun goreng untuk para peserta.mmm..nasib baik ade makan..

pukul 8.45am...

ceramah pun bermula.seperti biasa,ustaz memberi penerangan tidak mengikut modul pengajaran..lebih ke arah lawak senario..tapi kira ok juga la..kiranya untuk tidak mengantuk la tu..bla..bla..bla..bla..bla..

........................

........................

ustaz buat lawak....aku gelak....ustaz buat lawak...aku gelak...ustaz buat lawak..aku gelak..

pukul 11.30am...

rehat minum pagi..makan kuih karipap dan kuih cekodok pisang..air sarsi..

pukul 11.45am..

sambung kursus semula..ustaz lain..tajuk mengenai "hubungan suami isteri"..aku hanya mampu dengar dengan perasaan yang membosankan..walaupun ustaz ni suara dia amat kuat..

pukul 1.30pm..

jeng!jeng!jeng!...fuhhh..lega..lunch break...

pukul 2.30pm...

sambung kembali..ustaz cuba membuat lawak tongeknya..aku cuba gelak..tapi tidak berapa upaya..mengantuk gila..lawan punya lawan punya lawan punya lawan....kalah jua..aku akur..aku terus tidur....

..................................

..................................

pukul 4.30pm..

ustaz lain ambil alih..kali ini aku segar..sesungguhnya ustaz yang last ni memang lawak..sudah macam S.Kadarisman..aku ketawa sampai mengalir air mata..lawaknya bercampur aduk..ada lucah..ada fakta..ada lucah..ada fakta..lucah semata..
mmm..sememangnya aku dilahirkan untuk dipojokkan dengan bahan lucah..barulah bersemangat badan ni..

pukul 6.30pm..

selesai sudah kursus RM80.00 aku ni..di sini dapat aku simpulkan bahawa kursus yang aku hadiri ini seperti aku menonton cerita senario tiap-tiap hari Rabu...mmm...baik tak payah pegi..tapi orang yang paling gembira ialah pasanganku..fuhh..lega..katanya..

entahlah..pada aku kalau hendak berkahwin,kursus atau ape jua penerapan pun tidak perlu..yang penting kesedaran pasangan itu dan juga kesediaaan dirinya untuk berkahwin.kalau sudah bersedia,bermakna segala macam bab dalam kursus itu sudah diketahui.bukan bermakna kahwin itu sah jika adanya sehelai sijil yang boleh dibeli di mana-mana.pelik.

tapi di dalam kota KERAjaan metropalat ini,semuanya perlu berKERTAS.itu adalah bukti.sijil nikah,kad nikah dan macam-macam lagi.karut.mungkin selepas ini akan ada sijil tunang..segalanya on paper..

bagus la kot....kata sahabatku A..

Kursus "Halal Untuk Jima' " Day 1

pukul 2.30 pm..

majlis/seminar/konvensyen/kursus/perhimpunan pun bermula.Sesungguhnya aku memang tak tahu menahu apa yang akan aku belajar atau tahu tentang apa yang akan dibentangkan dalam majlis ini.sebelum itu aku telah pun membayar sejumlah RM160.00(RM 80.00 per person;i registered for 2 person).Aku diberi satu transparency file folder,buku gerbang perkahwinan,nota-nota bodoh, dan jadual waktu majlis..

mmm..aku telah dipisahkan dengan pasanganku yang memang tak pernah dipisahkan sebelum ini.rasa janggal pula.tapi apakan daya,tuntutan geng-geng berkopiah putih terpaksa dituruti.

Seorang ustaz telah memasuki ruang seminar yang tidak berapa besar itu.Tajuk pertama ialah "kesihatan dalam perkahwinan".rupa-rupanya ustaz ini ialah seorang doktor..permulaan yang membosankan..

pukul 3.15pm..

masih lagi bosan..bosan..dan terus aku terlelap..

.......................................

.......................................

pukul 4.30pm..

sesi kedua bermula.kali ini berkenaan "pengurusan kewangan"..ustaz ni agak kelakar.boleh tahan jugak la.Bab berkenaan dengan kewangan amatlah menarik.bagi buka sikit mata pasangan aku.betapa susahnya cari duit untuk menyara kehidupan.asyik nak shopping jek!!...tapi apa jua yang diperkatakan @ dilawakkan oleh ustaz ni,yang penting ia bertitik tolak dengan tindakan rasional pasangan masing-masing.positif langkahnya,bahagialah kewangan...negatif langkahnya,kurang bahagialah sikit..

pukul 6.15pm..

selesai sudah kursus sesi pertama..aku pulang dengan hati yang separa seronok.baju tak basuh lagi...