2007-04-09

Pangkor 1

Entri ini agak terlewat..

30hb Ogos 2007

Pada hari ini aku,N,A,A,A,S,K,I telah bersepakat untuk menyahut seruan kerajaan untuk bercuti-cuti Malaysia.Kami telah memilih Pulau Pangkor sebagai destinasi utama.Sememangnya percutian sebegini amatlah aku nantikan.Sekian lama aku tidak bercuti.Paling latest tahun lepas.Itupun pergi ke Danok,Thailand.Tahun ini kami bercadang untuk bercuti di pulau pula.Segala perancangan telah diatur oleh Ms Organiser iaitu Cik N.Dibantu oleh A sebagai penyunting kewangan.Segala berjalan dengan lancar.Perjalanan dari Kuala Lumpur disertai oleh aku,N,A,A,A dan S.Manakala K dan I bergerak dari arah utara semenanjung.Kami mulakan perjalanan dengan penuh semangat.Biasalah.Janji melayu.Mengikut itenary jadual perjalanan bermula pukul 9.00am.Tetapi jadual terpaksa dianjakkan atas sebab-sebab emak dan bapak buyung punya hal,perjalanan hanya bermula jam 11.00am.Tidak mengapa,hari masih pagi.Walaupun panas.

Kami bertemu di Shah Alam dan terus bergerak menuju ke destinasi.Kami bersetuju untuk mengikuti jalan lama.

"Jalan lama dah elok..aku balik kampung dah selalu.."

Itu kata-kata A sebelum perjalanan bermula.Aku membontoti kereta A dari belakang.Kami melalui Kuala Selangor.Kemudian melalui Tanjung Karang,Sekinchan,Sg besar.Kemudian kami merentasi sempadan Selangor-Perak.

"Ya..jalannya memang cantik..elok..(elok cam lahanut).."

Itu bisik hati aku.

Tidak mengapa.As long we're happy in the journey.Ketika perjalanan kami dapat menikmati segala pemandangan yang indah.Walaupun aku tidak dapat menikmati sepenuhnya(aku driver).

"Dear..nak berak ler.."

Sememangnya N seorang yang cepat penghadam.Instant grinder.Bagus untuk kesihatan.Tapi kadang-kadang agak menyukarkan keadaan sekeliling.

"u ni..tak boleh bawak berjalan ler..jalan2 jek..berak..jalan2 jek..berak"

** N buat muka sardin**

Tak mengapa.Kekasih punya pasal,nak terberanak pun aku berhentikan kenderaan.Kmai pun mengambil keputusan untuk berhenti di stesen minyak di sempadan Selangor-Perak.Aku biarkan N menikmati saat-saat manisnya di stesen minyak tersebut.Sambil itu aku mengambil peluang untuk menghisap rokok bersama-sama A dan A.Perjalanan masih jauh.Hari semakin panas.Panas bukan hendak hujan.Panas yang membuatkan permukaan perut aku akan terbakar hangus.

Selesai menjalankan tanggungjawab masing-masing,kami meneruskan perjalanan kami.Kali ini aku agak kepeningan.Bingung.Atau lebih elok lagi Bengong.Mungkin suhu kepanasan menyebabkan aku sebegitu.Tapi aku tetap tabahkan hati untuk membawa pacuan Gen-2 kesayangan N dan aku.

Zooommm....Zoooommm....

to be continued....