2007-11-11

BERSIH=Kotor???

Hari ini adalah hari Sabtu.Hari aku bekerja.Hari ini juga adalah hari perhimpunan BERSIH yang dianjurkan bertujuan lebih ke arah penyerahan memorandum kepada DYMM Seri Paduka Baginda YDP Agong.Perhimpunan atau lebih kepada perarakan ini memerlukan sokongan 100,000 rakyat Malaysia bagi merealisasikan wadah yang diterjemahkan dalam bentuk memorandum tersebut.Bukan isi kandungan memorandum itu hendak aku kupaskan di sini,tetapi adalah post-mortem dari kejayaan/kegagalan perhimpunan tersebut.

Aku berjaya melibatkan diri dalam kancah "gelombang kuning" tersebut walaupun hanya seketika.Terima kasih kepada K kerana beria-ia menjemput aku dalam mengimarahkan majlis tersebut.Aku bukan jenis suka membontoti orang lain,tetapi gerakan "Gelombang Kuning"(selepas ini dipanggil GK) ini seperti menyedarkan aku bahawa seperti ada sesuatu yang berat.Ya!aku sudah agak tua atau lebih dekat agak malas untuk menjadi "kiri".Apatah lagi untuk berpolitik.Pada aku politik itu TAHI.Baik pembangkang mahupun pro-kerajaan.

Banyak kupasan tentang GK di dalam media elektronik,media cetak mahupun dari mulut ke mulut.Sedikit sebanyak memberi impak kepada semua pihak.Cuma apa yang aku nak jelaskan di sini,segala bentuk provokasi yang dihamburkan oleh pihak pro kerajaan amat memualkan.Tidak professional.Lebih ke arah menjaga bontot masing-masing.Dan tidak lupa juga ada yang ingin menjadi hero kerajaan.Hero yang tidak tahu hujung pangkal.Entri aku hari ini adalah tribute untuk salah seorang pemimpin kerajaan kita..

ZAM..

Hentikan madah-madah kamu.Perbetulkan dulu lingua frasa Inggeris kamu.Belajarlah.Kenyataan kamu bukan sahaja memalukan,malah kamu memalitkan tahi ke muka pemimpin agung kamu.

Bodoh.

Lembu.

Harus diingat!Kamu telah mempersendakan Myanmar,Pakistan.

Bersedia untuk menjawab!

Luangkan masa kamu mendaftarkan diri ke British Council.Dapatkan sijil.

Lihatlah hasil daripada rakyat yang tidak lulus SPM ini.

Kamu nilaikan sendiri.