2007-11-26

saya suka polis 2

Pantang ada salah

Orang sana kau tahan,orang sini kau saman

Lubuk mana kau tak pergi

Ingin menegakkan keadilan,kononnya

Suap sana,suap sini....Sial!

.

Cepat dan betul

Itulah cogan kata kau

Barua yang bermisai kucing

Anak kau makan harta haram!

Itu yang kau tak tahu.

....................................................

2007-11-23

saya suka polis

Semalam sememangnya merupakan hari kemarahan aku terhadap pihak berkuasa.Ya!lebih tepat lagi pihak polis.Aku tahu yang mereka menjalankan tugas demi agama,bangsa dan negara(wak lu!) yang tercinta.Keterlibatan mereka dalam situasi ini tidak boleh disangkal sama sekali.Watak-watak mereka sudah cukup untuk menghiburkan kita di Malaysia.kalau golongan ini membuat filem,for sure meletup!

Kaboom!

Tapi semalam kesabaran aku di tahap maksima.Maksima untuk aku maki tanpa suara di sebalik cermin kereta.Maksima untuk aku menunjukkan jari ke otak aku sambil berkata pada mereka;

"abang polis,lutut letak kat kepala ke?"

Atau paling minima sekadar jari-jari jemari menggenggam erat stering kereta sambil mata menjeling rakus dan berkata dalam hati;

"puki mak lancau sial babi anak haram mak kau punye tetek lahanat cibai pantat mak kau muka macam anjing!!"(pandai-pandai letakkan tanda (,)koma)

Aku tidak sanggup perjalanan aku yang hanya 5minit memerlukan aku menunggu sehingga 45minit.Cuba bayangkan satu pinggan megi yang dimasak hanya memerlukan masa 2 minit,apa yang terjadi kepada megi yang dimasak dalam masa 45minit?

Duh!

Sekatan jalanraya.

Ya!Kamu semua memang pakar dalam membuat sekatan jalanraya.Jalan 3 lane dengan jayanya kamu meniruskannya menjadi kepada 1 lane.Syabas!Dengan muka selamba(bagi yang agak dah senior) dan dengan muka angkuh(bagi yang belum ada paku) melambai-lambai seolah menjemput naik ke rumah untuk beraya.Tapi cuma tempat sahaja berbeza.Layanan yang diberikan amatlah sopan.Jangan rebut-rebut bawak kereta.beratur sebiji demi sebiji melepasi halangan bodoh kamu itu!

Mak kau!

Aku tidak peduli jikalau perhimpunan Ahad ini berlaku atau tidak.Tapi tidak cukup rasional sekatan jalan raya dilakukan ketika peak hour sewaktu manusia Kuala Lumpur pergi kerja (pukul 9am) dan juga balik kerja(pukul 5pm).

Ini gila!

Wahai abang-abang polis,

sedarlah.Pada ketika kamu sibuk beroperasi sekatan jalan raya,berpusu-pusu penjahat,penyangak,dan perogol berjalan kaki menjalankan tugas masing-masing.Alangkah indah dunia mereka bekerja tanpa gangguan.Mereka lebih mengalu-alukan perhimpunan haram(yeke?) ini diadakan.Kalau boleh setiap hari.Janganlah kamu hanya senyum kambing sambil berdiri terpacak menanti kehadiran segerombolan India melepasi sekatan jalan raya tanpa mengetahui anak kamu di rumah dirogol dengan enaknya.

Sampai di rumah aku cuba mengikuti siaran televisyen pro kerajaan TV3.Timbalan ketua polis negara pun berkata;

"pihak kami memohon maaf di atas kesulitan,kesukaran orang ramai dalam menempuh sekatan jalan raya buat masa sekarang.Jangan bimbang,perkara ini hanya sampai hari Ahad sahaja.Selepas itu jalan lengang seperti biasa."

Erk?

Abah lu!!

Kalau begitu,pada HINDRAF sila buat perhimpunan hari lain.Hari lain jalan lengang.Polis yang cakap.

Hari Ahad aku mau pergi kenduri kahwin la cibai.

2007-11-22

soon

22nd Nov 2007...

One month to go..

tic.

toc.

tic.

toc.

From the said date till next 22nd day,it will be the longest day of my life.

Great.

Glorious.

Anxious.

Paranoia.

Excited.

Eager.

Butterflies in the stomach.

Stress.

Edgy.

What else?All of it are inside me!Seems like my body was the last departure for every single of plane that survived from the Armageddon.Plenty of survivor keep running,pushing and screaming inside the terminal of my brain.They stucked through the ticket counter.Fighting each other.Struggling for a life.While the rest still begging for a sympathy.All the things happen in a minute.And it happen again and again and again.Yesterday?still the same.Tommorow?I dont know.

Deja vu.

Deja visite.

Deja vecu.

Deja senti.

Just name it.It happened.

tic.

toc.

tic.

toc.

2007-11-12

cerita dalam lagu

DIA...

menghimpit dengan mesra

dan kerananya aku hilang

berdarah dan menjerut ingatan

dan menjadi kenangan

....................................

jika tahu tenggelam

tak ku layar bahtera

di ombak ganas menghempas

perlayaran ku terkandas

demi masa beredar

-----------------------------------

yang ku sambut dosa yang hilang

lalu sepi terasa

di bawah ketenangan

di bawah kesepian

---------------------------------------

bila larut menjelma

hampir siang mataku terjaga

yang kurang hanya diri

kehadiranmu menyepi

intan....

.................................

usah diharap perutusannya

ada masa menjunam

ada masa melayang

di awanan biru

Lagu ini terngiang-ngiang di telinga aku.Mengembalikan polemik nostalgia dahulu kala.Ya!Lagu ini banyak memberi impak pada kehidupan aku suatu ketika dahulu.Dahulu DIA sering bermain di minda aku.Aku seronok berada di samping si DIA.Sehinggakan life aku porak peranda dan education system aku agak terjejas.Sesetengah sahabat aku begitu taksub dengan si DIA.Tapi sistem pembelajaran mereka agak baik bila bersama si DIA.Aku agak cemburu.Tapi sememangnya lumrah yang aku tidak mampu menjadi orang lain.Aku hanyut bersama si DIA.

Sekadar suka-suka.

It just hanky panky stuff.

Kepala penuh.

Mata rabak.

Kah!kah!kah!

Burp!!

Those were the days.Aku tidak begitu jumud tentang sesuatu perkara.Begitu juga dengan peraturan.Pada aku peraturan adalah ciptaan manusia.(Maksudnya bukan peraturan dalam Al Quran kamu ye!)Manusia boleh melanggar peraturan tanpa rasa takut,cuak atau ragu-ragu.Berikan ruang dan peluang pada diri kamu untuk merasai kehidupan ini.Hubungkaitnya DIA dan kamu adalah seperti suatu jalinan kemesraan yang lebih kepada spiritual sabahat.DIA yang membendung kamu mahupun menggalakkan kamu melakukan sesuatu yang tidak kamu dapat di alam typical manusia.

Sememang aku rela bersama si DIA pada setiap masa.Itu dahulu.Sekarang aku lebih mengenali DIA dengan penuh ilmiah.Yakni aku tidak terburu-buru untuk dapatkan DIA.DIA banyak mengajar aku melihat tingkah laku manusia normal yang hodoh lagi jijik.Manusia normal yang memandang DIA hanya sebelah mata.Manusia yang suka ikut bontot yang tahu DIA banyak menyesatkan manusia.Itu kenyataan.Mereka yang hidup normal,hati senang,bersih,dan suci akan memandang aku dan DIA seperti kekasih yang tidak akan kekal lama.Cinta monyet.

Aku setuju.

Makin hari makin jauh aku tinggalkan DIA.Makin hari aku rasa aku tidak perlukan DIA.Tapi aku tidak pernah salahkan DIA.Bukan DIA yang harus dipersalahkan.Aku sendiri memilih DIA untuk menjadi kekasih hati.Aku suka DIA.jangan salahkan DIA aku jadi begini.

Jangan salahkan kelambu,nyamuk dibakar!

2007-11-11

BERSIH=Kotor???

Hari ini adalah hari Sabtu.Hari aku bekerja.Hari ini juga adalah hari perhimpunan BERSIH yang dianjurkan bertujuan lebih ke arah penyerahan memorandum kepada DYMM Seri Paduka Baginda YDP Agong.Perhimpunan atau lebih kepada perarakan ini memerlukan sokongan 100,000 rakyat Malaysia bagi merealisasikan wadah yang diterjemahkan dalam bentuk memorandum tersebut.Bukan isi kandungan memorandum itu hendak aku kupaskan di sini,tetapi adalah post-mortem dari kejayaan/kegagalan perhimpunan tersebut.

Aku berjaya melibatkan diri dalam kancah "gelombang kuning" tersebut walaupun hanya seketika.Terima kasih kepada K kerana beria-ia menjemput aku dalam mengimarahkan majlis tersebut.Aku bukan jenis suka membontoti orang lain,tetapi gerakan "Gelombang Kuning"(selepas ini dipanggil GK) ini seperti menyedarkan aku bahawa seperti ada sesuatu yang berat.Ya!aku sudah agak tua atau lebih dekat agak malas untuk menjadi "kiri".Apatah lagi untuk berpolitik.Pada aku politik itu TAHI.Baik pembangkang mahupun pro-kerajaan.

Banyak kupasan tentang GK di dalam media elektronik,media cetak mahupun dari mulut ke mulut.Sedikit sebanyak memberi impak kepada semua pihak.Cuma apa yang aku nak jelaskan di sini,segala bentuk provokasi yang dihamburkan oleh pihak pro kerajaan amat memualkan.Tidak professional.Lebih ke arah menjaga bontot masing-masing.Dan tidak lupa juga ada yang ingin menjadi hero kerajaan.Hero yang tidak tahu hujung pangkal.Entri aku hari ini adalah tribute untuk salah seorang pemimpin kerajaan kita..

ZAM..

Hentikan madah-madah kamu.Perbetulkan dulu lingua frasa Inggeris kamu.Belajarlah.Kenyataan kamu bukan sahaja memalukan,malah kamu memalitkan tahi ke muka pemimpin agung kamu.

Bodoh.

Lembu.

Harus diingat!Kamu telah mempersendakan Myanmar,Pakistan.

Bersedia untuk menjawab!

Luangkan masa kamu mendaftarkan diri ke British Council.Dapatkan sijil.

Lihatlah hasil daripada rakyat yang tidak lulus SPM ini.

Kamu nilaikan sendiri.

2007-11-05

Melvin dan Sigourney

Indahnya dunia kami

Tiada palangan yang menghalang

Arah kiri

Arah kanan

Semua kami redah

........................................

Belum cukup dengan kata-kata

Belum cukup dengan harta benda

Kami masih lagi bahagia

hidup dalam dunia noda

....................................

Apa yang kau cari,Melvin?

Aku cari agama

Apa yang kau dapat,Sigourney?

Aku dapat dosa

..............................

Masing-masing terpana

Masing-masing sedar akan hakikat

hidup saling berpaut

jangan tinggal bersendirian

.......................................

Melvin berpaut pada Sigourney

Sigourney bergayut pada Melvin

Dosa dan agama dikongsi

Indahnya dunia kami