2008-12-31

Salam Dua Ribu Sembilan

Tinggal lagi 40 minit untuk memasuki tahun 2009 masehi.Aku masih lagi di ofis.Banyak perkara berlegar-legar di benak fikiran.Teringat perkara-perkara yang masih belum dibereskan lagi.Tahun 2008 boleh dikatakan tahun yang agak caca merba ataupun agak kelam kabut bagi aku.Ada benda gembira yang aku terima.Ada perkhabaran buruk yang aku dapat.Tidak mengapa...



*************



Awal Dua Ribu Lapan...

Aku sang suami

Aku punya isteri

Aku punya benih

Aku punya dua ibu

Aku punya dua ayah

Aku gembira


Di tengah Dua Ribu Lapan...

Aku hilang punca

Aku hilang arah

Pintu rezekiku tertutup

Aku ditendang

Aku depresi yang amat

Aku ditekan

Aku sengsara

Aku terjatuh

Terduduk

Tersepuk

Tersungkur

Di hujung Dua Ribu Lapan...

Aku punya rezeki baru

Alhamdulillah

Zuriat

Aku gembira

pengubat duka

Tiada yang buat aku tenteram walaupun gundah

Dunia baru,orang baru, semua baru


Tapi,


Aku tidak kuat persis dahulu

Aku cepat tegang

Aku bisa pening

Mata berpasir

Tiada obat

dan

Aku sedar

Aku sangat jauh

Jauh dari kalimah

Kalimah yang beratapkan syahadah

Syahadah yang bersujudkan sajadah

sajadah yang berhamparkan ibadah

Ibadah yang bertunjangkan Allah

Itu sudah cukup

Buat aku rasa

bergetar


Selamat datang Dua ribu Sembilan....




Jam menunjukkan 11.53pm.Aku masih lagi di ofis.

Oh ya..Salam Maal Hijrah yang ke Satu Ribu Empat Ratus Tiga Puluh Hijrah.Orang Melayu memang selalu lupakan hari tersebut.






2008-12-21

M.A.S.K

Hu..Hu..Hu..

Aku cukup teruja jumpa intro siri kartun ni..

Aku pernah berangan-angan..

Ya..

Aku nak!Aku nak!

2008-11-26

L'esprit de l'escalier?Entahlah...

Semenjak dua menjak ini aku terngiang-ngiang kehidupan aku di zaman belajar dahulu.Aku tidak tahu mengapa.Tapi yang pasti segala perjalanan kisah hidup aku di waktu itu terbawa-bawa hingga ke mimpi.Segala macam peristiwa umpama slide show di hadapan mata.Dari suka,duka,gelak,enjoy dan macam-macam lagi.Itu kehidupan aku ketika menjadi student yang kental untuk tinggalkan bumi kering Arau.Seronoknya terlalu banyak.Biasalah..bila kamu seorang student,tidak terlalu banyak masalah yang kamu perlu fikirkan.

CGPA...

carried mark....

assignments...

En Nordin...

baju bundle...

Takde hutang...

Gaduh dengan budak kelantan...

Failed paper UIS...

Mata rabak kepala penuh..

Danok..

Pegang dinding rumah sewa rasa kebas..

Apa lagi?

Oh..ye..berasmara di dalam kereta kenari..

banyak lagi..

Bila dicongak-congak,aku menghampiri usia ke 30an.Terasa baru semalam aku tinggalkan bumi Arau.Tuhan itu adil.Gambaran yang diberikan sebagai anjakan kepada diri menyuruh aku berfikir sejenak.

Tuhan uji aku dengan keseronokan supaya aku beringat.Tapi aku cepat lupa.Aku lupa yang Tuhan itu Maha Ingat.DIA tak lupa perbuatan aku dahulu.Aku terlalu cepat lupakan DIA.

Sewaktu menaip butiran perkataan ini pun,setiap peristiwa sewaktu belajar masih lagi berlegar-legar di benak kepala aku.Aku tidak tahu mengapa.Semakin cuba aku elakkan,hati aku berdebar.

Susah nak cakap.

Ia seperti perasaan apabila kau melihat bulu mata kiri kau jatuh,kau rasa semacam perkara buruk akan berlaku.Aku harap tidak.

Mungkin aku ada buat satu kesalahan yang terlalu besar ketika itu.Mungkin Tuhan ingin tunjukkan punca-punca kemelaratan masalah yang aku hadapi sekarang?Entahlah..

Memang aku bahagia sekarang..Aku ada Mummy yang understanding..Aku ada Andy yang comel..tapi dengan kebahagiaan yang ada ini,timbul persoalan di otak aku..inikah kebahagian yang aku hendak dari hasil acuan kelakuan aku ketika dahulu?kalaulah dahulu aku berkelakuan baik,perjalanan hidup yang teratur,adakah corak kebahagian aku sekarang masih statik atau bertambah baik?Aku tak sangup menganiayai orang lain.Lebih-lebih lagi orang yang aku sayang.

Buat masa ini,aku perlu ruang waktu.Bukan ruang untuk mengasingkan diri.Tidak.Aku perlukan ruang waktu yang baru.Ruang yang mampu buat aku rasa selesa,tidak depresi dengan kesilapan yang aku pernah buat.Bukan maksud tidak menyesal,tapi aku perlukan ruang yang asing dan fresh untuk aku berinteraksi dari segala segi tanpa rasa susah hati.Umpama aku berada di daerah yang asing tapi hidup aman tanpa seorang pun tahu yang aku ini adalah manusia yang penuh dengan masalah.Watak yang ada masih kekal.Cuma ruang sahaja yang berubah.Dan aku tidak bersedia lagi untuk obses waktu yang dahulu.Noktah.

Harap-harap aku berjaya.


**********


Duduk diam-diam.

Tidur.

Sembahyang.

Doa.

Ikhlas untuk hidup.

Tammat.

2008-10-27

Entri yang Klimaks!

Hari ini adalah hari mencari musik kehidupan untuk diriku.
Dah lama aku ingin posting this entry.
Pada aku perempuan Malaysia punya bakat yang hebat.
Aku terkesima dan teruja dengan kehebatan yang ada.
Ini antara yang hebat dari yang terhebat.

tAPi sebelum itu;

Salute!!
Salute!!

KoKOkAINa




YunA





Siapa kata perempuan Malaysia tak power?
Cool kan?


P/S: Err..Perempuan malaysia yang aku maksudkan tidak ditujukan golongan spt erra fazira,ziana zain,ezilyn dan seangkatan dengan nya.

P/P/S:Mummy..bila nak belajar main gitar?

Hilang gelap terbit terang

Arghh!!
Aku kejang dengar lagu ni.
Aku nak hidup zaman ni!!tolong!!



Stim lagi?

2008-10-26

Terbaik!

Current mood : Mencari muzik klasikal yang menenangkan.

Karya Canon in D Major memang asyik.Masuk terus ke dalam jantung.Banyak versi Canon in D major yang boleh kita dengar dan tonton.Tapi ini versi yang terbaik setakat ini.Versi agresif.Setuju dengan Najwanhalimi.

Beliau terbaik.Jerry C from Taiwan.

Dengarkan..




Stim?<----- pinjam frasa dari chenta.

Sampai bila?

Bila ia akan sudah?
esok?
lusa?
tulat?
kulat?

Naik berkulat ketiak ini menunggu
Aku tahu ini salah
salah aku yang dahulu
Persetankan cakap orang tua
Padan muka

Ibu dan Bapa punya angkara
Jasad zuriat tercela
Pandang kiri ; kuping (baca:sedih)
Pandang kanan ; kudis (baca:menangis)
Pandang atas ; kuping (baca:tertekan)
Pandang bawah ; kudis (baca:menyesal)
Pandang belakang ; jangan sesekali!

Ibu,
Jangan kau sugul
buat aku risau
Ibu,
Jangan kau ketawa
buat aku risau
Ibu,
Jangan kau termenung
buat aku risau

Benda ini hanya sementara
itu kata orang tua

kata orang muda?
bagaimana?


p/s:Andy..daddy tekanan.Period.

2008-10-01

Sendu di Pagi Raya

Selamat Hari Raya!

Salam lebaran untuk semua.Hari raya ini aku bekerja.Tidak seperti tahun-tahun sebelum ini.Pagi-pagi ini aku ditemani oleh Fara Fauzana yang bertugas di konti Hot Fm.Kami sama-sama berbakti untuk kemajuan syarikat masing-masing.Tidak mengapa.Aku redha.
Kali ini hari raya aku berbeza.Aku didatangi kehadiran insan baru yang memenuhi ruang lingkup 'pokok keluarga' ku.Terasa lengkap keluarga baru ku ini.Terasa baru sahaja aku berkahwin.Alhamdulillah..segala-galanya selamat.Insan baru yang sangat comel dan kacak ini berjaya menambat hatiku untuk bersedia menjadi seorang ayah yang bertanggungjawab.Akan aku curahkan segala kasih sayang untuknya.Akan aku serahkan segala jiwa demi kesejahteraan anak ku yang tercinta.
Aku sangat bersyukur walaupun diri ditimpa kesusahan,aku diberi hadiah yang sangat berharga.Kehadirannya melenyapkan segala permasalahan yang menimpa diriku.

Bak kata Khabini "Lu dah jadi bapak,fokus kat anak..hutang2,masalah lain pegi mampus!"

Ya.Betul!

Aku terasa diriku sangat kaya apabila dirinya muncul.
Aku terasa diriku sangat berjaya apabila dirinya muncul.
Aku terasa diriku sangat bahagia apabila dirinya muncul.

Buat Mummy,
Aku ingin pohon sejuta kemaafan di atas segala kesalahan/kesusahan yang membebankan kamu.
Aku ingin menjadi insan yang berguna.
Berikan aku kekuatan dan semangat untuk berubah.
Aku tahu kamu penat.Lelah.Tepu.
Tapi percaya,ada sinar baru di hadapan.
Beri aku peluang.
InsyaAllah.

Buat Andy,
Daddy akan berusaha menjadi seorang ayah yang bertanggungjawab.
Daddy akan jaga Andy sampai bila-bila.
Daddy tidak akan melukakan hati Andy.
Daddy berjanji yang Andy akan mendapat secukup kasih sayang.
Beri daddy peluang.
InsyaAllah.

Buat Abah,
Aku pohon kemaafan dari kamu.
Banyak kesalahanku yang melukakan hati kamu.
Aku tahu kamu redha dengan perbuatanku.
Tidak pernah terduga anakmu seperti ini.
Tapi kamu tabah.
Aku berjanji tiada lagi songsang dalam hidupku.
Beri aku peluang.
InsyaAllah.

Buat Emak,
Kamu permata dalam sejuta permata.
Kamu tahu anakmu ini boleh berubah.
Hati kecil kamu telah aku lukakan.
Aku tahu kamu kecewa.
Aku mohon ampun di bawah telapak kakimu.
Aku mohon restu di bawah telapak tanganmu.
Aku berjanji tiada lagi derai airmatamu.
Akan kubuat kamu tertawa semula.
Beri aku peluang.
InsyaAllah.

Buat semua,
Selamat Hari Raya Aidilfitri dari Aku, Mummy dan Farish Andhika Putra.

Sayang selalu!

2008-09-04

KUASA untuk berPUASA

Mungkin entri ini agak lewat untuk ditulis..

Sekarang sudah memasuki puasa yang ke-3..Alhamdulillah.Aku masih lagi upaya untuk berpuasa.Kali ini suasana puasa aku berbeza.Aku telah memasuki fasa manusia bergelar suami.InsyaAllah tidak beberapa lama lagi aku akan memasuki fasa manusia bergelar bapa.Semua fasa yang aku lalui setakat ini bukan melalui jalan yang mudah.Tidak semudah memetik jari.Tidak sesenang memakan kacang.Tidak seindah mencium pipi.Tidak sebusuk mencium tahi.Cukup untuk membuat aku berfikir di mana kuasa Tuhan itu teramatlah besar.Kuasa tuhan ada di mana-mana.Aku selalu berpegang pada keupayaan yang dipanggil force by nature.Tapi aku tidak pernah berfikir yang nature itu sendiri telah didorong/didokong oleh suatu KUASA yang lebih hebat.

Kalau dahulu aku selalu beranggapan bahawa setiap musibah yang menimpa adalah di atas kecuaian diri sendiri.Cuai untuk menyelesaikan masalah.Cuai untuk tidak berfikir secara bijak.Maka kesan yang buruk/negatif jatuh ke atas bahu.Segala perasaan akan timbul.Kecewa.Depresi.Cukup sadis.Bertitik tolak dari situ,aku cuba perbetulkan keadaan.Aku cuba perbetulkan keadaan tanpa mengambil kisah satu KUASA yang lain yang mampu untuk merubah apa jua yang aku inginkan.Sikap ignorance aku itu memakan diri sendiri.Aku menganggap keupayaan aku ini sudah cukup bijak dalam menyelesaikan masalah sendiri.Ternyata aku silap.Semakin hari,masalah yang aku cuba selesaikan menjadi lebih kepada musibah.Semakin hari,musibah yang aku cuba selesaikan menjadi lebih kepada kemusnahan.

Nah!Sekarang aku telah menempuh keadaan di mana kemusnahan berada sejengkal di atas kepala.Segala macam perkara berdesup-desap memasuki ruang legar otak.Segala macam perasaan bersilang-silang memasuki adrenalin darah aku.

Pucat.Lesu.Letih.Depresi.Goyah.Risau.Berdebar-debar.Takut.Kaput.

Bergetar jiwa apabila disentuh wanita berbeza dengan bergetar jiwa apabila dicuit KUASA tuhan.Itu baru sedikit.Berdebar-debar di ranjang katil berbeza dengan berdebar-debar memohon keampunan TUHAN.Itu baru sepotong ayat memohon ampun.

Keadaan aku sekarang umpama sebuah rumah yang hampir musnah dilanda ribut taufan.Perlukan sentuhan yang bijak dan dorongan untuk memperbetulkan semula rumah ini.Tanpa pelan yang bijak,pasti rumah ini akan musnah lebih teruk.Umpama tikus membaiki labu.Aku tidak mahu menjadi seperti itu.Rumah yang musnah ini harus ditegakkan semula agar ia mampu berdiri dengan megah semula.Catnya harus disapu dengan kemas agar tidak lagi kelihatan kesan-kesan comot akibat ribut taufan itu.Dan yang paling penting ialah TIANG dan LANTAInya.Foundation harus kukuh-sekukuhnya.Sentuhan spiritual diperlukan.Apa yang kurang,harus ditambah.Apa yang lebih,harus dikurangkan.

Kesederhanaan itu mustahak.


Tuhan,

Andai kamu dengar
Aku hambaMU yang hina
Perlukan bantuanMU

Bantulah aku

Aku di simpang yang terlalu jauh
Terlajak dari destinasi yang KAU tunjukkan
Tarik aku dengan KUASAMU
Aku pohon
pohon dariMU

Ya Tuhan.

2008-08-27

Kembali..

Come back for good!!

aku kembali setelah sekian lama aku menyepi diri..sekembalinya aku ke sini umpama sekembali DS Anwar kembali ke arena saluran politik berparlimen.Berkedudukan di dewan rakyat.Cuma kembalinya aku tidak sehebat beliau.Aku masih lagi di sini.

Sepanjang kehilangan aku penuh dengan dugaan dan rintangan.Bukan sekarang untuk aku bercerita.Mungkin kemudian hari.Aku masih lagi menjadi warga kota yang memenuhi tuntutan rembesan kecairan poket seluar manusia.Masih lagi dijajah dengan wang ringgit.Masih lagi dikelilingi masalah-masalah norma manusia.

Ahh...bila aku boleh jadi merpati?Bila aku boleh jadi pepatung?

Mungkin mustahil.

Tapi tidak mustahil untuk aku menjadi lebih baik.

Ok.

Sekadar pemanas badan pemula semula penulisan aku ini.

Aku masih lagi menanti kemunculan DIA...

2008-06-05

Minyak Gamat satu!

Masih lagi di dalam lingkungan cerita minyak.Hari ini,esok mungkin lusa rata-rata rakyat pasti bercerita mengenai minyak.Ada yang mengeluh,marah dan ada juga yang hanya mampu senyum kambing.Masing-masing berbincang mencari penyelesaian yang terbaik untuk menangkis tempias kelajuan aliran tunai di poket masing-masing.Malam semalam aku dan N berdiskusi separa serius mengenai isu yang bakal kami hadapi.Yelah,kami masih lagi di kira pengantin baru.Masih lagi di tahap mencari kestabiliti dalam mencari keterlangsungan hidup.Semua benda pasti dihitung.Dari sebesar-besar perbelanjaan hinggalah sekecil-kecil perbelanjaan.Dari perbelanjaan untuk bercuti-cuti Malaysia hinggalah harga satu pek Whiskas makanan si Dol.

Pasti semua akan kami hitung.Dalam benak fikiran aku bermacam-macam agenda harus aku rancangkan.Tersilap perhitungan,pasti tersungkur.Dengan kehadiran insan baru yang bakal tiba,pasti perkara ini menjejaskan perjalanan hidup kami.Aku perlu lakukan sesuatu!

Yang pasti keterlanjuran sudah berlaku.Pencabulan poket secara drastik telah dilakukan oleh pihak kerajaan dalam situasi yang di kira genting dengan pelbagai isu-isu mahupun polemik kotor yang melanda di bumi tercinta ini.Baik dari segi padang politik hinggalah padang jagaan Datuk Sharir Samad.Isu beras masih lagi di udara sudah diterbangkan pula dengan isu minyak.Tekanan demi tekanan rakyat terpaksa menanggungnya.Pembunuh kejam kelihatan berlegar-legar di keliling masyarakat tapi sedikit pun kita tidak ambil peduli.Tersilap langkah pasti menjadi mangsa.Sehinggalah nanti muncul kejadian-kejadian aneh seperti kadar jenayah sosial meningkat(baca;rompak bank),kadar pertumbuhan ekonomi merudum(baca;orang takut untuk berniaga),kadar pengangguran di bandar meningkat(baca; income < expenses=tak boleh survive),kepadatan penduduk luar bandar meningkat(baca; tak boleh survive di bandar=balik kampung),dan pelbagai kemungkinan yang akan muncul.Ini yang kita namakan silence killer.

Keupayaan hidup seorang manusia itu bergantung kepada keadaan sekeliling.Bukan hanya perlu keberanian ataupun ketabahan,faktor sipi-sipi yang dipandang enteng juga mampu membunuh kehidupan seorang manusia itu.Kita pasti akan dapat melihat ada kelompok yang akan tersungkur tersembam di tengah jalan.Persaingan perniagaan yang sihat pada mulanya akan bertukar menjadi permainan kotor kepada golongan yang lemah.Kehidupan di bandar pasti akan penuh dengan manusia yang mementingkan diri.Tiada lagi kerjasama.Masing-masing berusaha keras dalam cuba untuk menyaingi survival kehidupan kota ini.Tiada lagi kata-kata 'mari bergandingan tangan denganku'.Yang ada hanyalah 'pandai-pandailah kau nak hidup,aku pun miss soru..'Yang kalah,kampung halaman menjadi pilihan.Pelarian di bumi sendiri.Tamat kisah jerih survival seorang manusia di bandar.Tapi mungkin sementara.Di kampung halaman,lain cabarannya.Itu cerita lain.

"kalau kita pindah Gombak,kita dah save duit sewa rumah,duit minyak dan duit tol,"kata N padaku.

"Ok gak tu..tapi terbataslah i nak buat apa-apa..i mean cam nak keluar lewat2 ke,hape ke,"cubaan aku untuk mengelak.

"takpe..diorang tak kisah,"ujar N.

"Aku tak kisah.Memang menjimatkan.Jimat gila-gila.Tapi cuma konsep survival aku bila di rumah mertua akan terjejas,"bisik hati aku.

"Kata nak Jimat Berjimat Cermat?"tegas N seolah tahu isi hati aku.

"Ok..akan difikirkan,"pintaku dalam serabut.


Ok.Itu sekadar perbualan di antara sang isteri dan sang suami yang mencari ruang-ruang nafas baru dalam konteks survival di kota ini.Aku tidak pasti dengan yang lain.Mungkin ramai di luar sana punya rancangan tersendiri.Masing-masing mengatur strategi yang terbaik untuk melarikan diri dari silence killer itu.Aku pun begitu jua.Percaturan yang ada sekarang harus ditambahbaik ataupun dihancurleburkan,terpulang pada individu.Yang pasti akan ada kos melepas.Itu yang dijangka.Pengorbanan itu perlu walaupun kehidupan penuh dengan penindasan senyap.Aku akur.Apa yang perlu,apa yang mahu,apa yang mahu ke 2,semua aku ambil pusing.Demi untuk aku,N dan insan yang pasti muncul nanti.Mungkin ia nampak selfish.Tapi itulah hakikat.Hakikat di kota ini.


p/s:Teringat satu kisah lucu sedikit masa dahulu apabila seorang melayu,seorang cina dan seorang india datang ke kedai kereta untuk membeli kereta.Bila orang melayu datang nak beli dia akan tanya berapa laju kereta itu,tapi bila orang cina hendak beli kereta dia akan tanya berapa jimat dan berapa tahan kereta yang ingin dibelinya tapi bila sampai orang india ,dia akan bertanya berapa ramai orang penumpang boleh muat satu kereta..yang mana satu anda pilih?yang laju ke,yang jimat minyak ke atau yang boleh muat seisi keluarga?fikirkan sejenak..



Bila harga minyak naik,nafsu syahwat pun turun...

Hehehe..

naik..jangan tak naik...

Sudah semestinya ramai yang akan berbicara mengenai kenaikkan harga minyak.Semua orang berlumba-lumba menunjukkan ketidakpuashatian terhadap isu kenaikkan harga minyak.Aku tidak mahu mengulas panjang mengenai angka-angka kenaikkan minyak.Sudah cukup semalamam aku bersama isteri tercinta membuat perkiraan jumlah kos yang akan ditanggung..ops!..dibebankan pada bahu aku yang tak seberapa nak elok ini.Biarlah hanya kami sahaja yang tahu sejumlah kos bebanan yang harus ditanggung waima wang saguhati@rebate@subsidi sebanyak RM625 didarabkan dengan 2.

Kamu letaklah apa jua nama wang timbal balik yang kamu berikan itu,tidak mampu kamu untuk membersihkan jiwa rakyat marhaen yang memandang kamu umpama biawak hidup yang harus kami dukung!Kami tak sanggup untuk membawa kamu ke mana sahaja.Cukuplah 50 tahun nenek moyang kami berada di bawah genggaman kamu!!(Kamu<------ Kerajaan BN) Pak Lah cakap ini adalah merupakan mekanisme baru untuk mengurangkan BEBAN subsidi kerajaan kepada rakyat. Mekanisme? mekanik ke? MEKANIK MY ASS!! Habis beban rakyat yang menanggung macam-macam yang ada atas kepala ni hape??!!!Ini bukan lagi berkenaan isu rakyat dimanjakan,hak orang melayu ke,hapa ke,ini adalah isu negara!seluruh rakyat Malaysia menanggung sebiji batu besar yang tak tahu nak letak di mana.Di bahu?atau di kepala? Pak leLah ada cakap lagi(bukan cakap tapi muntah kot) yang harga minyak di Malaysia masih lagi murah jika dibandingkan dengan negara ASEAN yang lain. Negara ASEAN yang mana?? Singapura?India?mana satu??


Jangan buatkan rakyat tertawa dalam kemarahan.Kenapa tidak dibandingkan dengan negara pengeluar minyak yang lain seperti Iran?Ok,mungkin nampak jurang perbezaan dari segi isu kos pertahanan mereka.Ambil contoh yang lain seperti Venezuela.Tak boleh ke?Kenapa mereka dengan mudah menjual minyak di negara mereka dengan harga yang murah?Kamu(Pak Lah) kata kamu naikkan harga minyak kerana mengikut pasaran dunia,kan?Kamu jual minyak mentah ke luar negara tak ikut pasaran dunia ke?Kalau betul pun kamu jual minyak mentah dalam bentuk pukal sekalipun dan mungkin murah,takkanlah sekonyong-konyong ahli bijaksana PETRONAS tidak mahukan keuntungan?Setiap transaksi jualan;belian mestilah purely profitable.

Negara seperti Iran,Venezuela dan lain-lain mampu menjual minyak mentah mereka "mengikut pasaran dunia" dan mengaut keuntungan berbillion-billion.Dari keuntungan ini mereka mengklasifikasikan sebagai hasil negara yang harus dikecapi oleh seluruh rakyat mereka.Dari situ sebagai sebuah negara pengeluar minyak mereka memberi manfaat kepada rakyatnya melalui pengurangan kadar jualan minyak dalam negara.Mereka enjoy the moment.Nampak?

Pak Najib menyarankan supaya rakyat ubah cara hidup.Nak ubah cara hidup macam mana lagi???Nak jadi zaman batu ke??Kadang-kadang cakap Menteri-Menteri Kabaret..erk..Kabinet bukan boleh pakai pun.Kalau minyak dah naik,aku kerat jari,barang-barang lain mesti naik.Pak Najib berani kerat jari?Pak Najib tak takut apa-apa.Semua isi rumah claimable monies.Apa nak dihairankan..ye tak?

Kalau cakap Pak No 1 dan Pak No 2 pun kami tak boleh nak pakai,kami nak pakai cakap siapa?

Muhammad Taib ke?Hahahaha..ini lagi besar penyangak!

Aku dah tak larat dengan isu ubah cara hidup ni.Pada pendapat aku,apa yang penting sebelum rakyat ingin ubah cara hidup,peningkatan "perkhidmatan dan jualan" dari pihak atasan perlu diperbaiki.Tapi masalah sekarang,konsep sell and services yang ditunjukkan oleh pihak kerajaan amatlah mengecewakan.Cukuplah aku ambil contoh;

Sistem pengangkutan awam<------Nah!! fikirlah sendiri.
Bagaimana kita hendak berbicara soal ubah cara hidup kalau yang contoh di atas ini pun kita masih lagi di tahap yang tidak boleh dibanggakan.Jangan kata tidak bersyukur dengan kehadiran LRT,PUTRA,MONOREL,ERL dan lain-lain,tapi peningkatan itu di mana?Kalaupun pihak kerajaan tidak mahu menyalurkan keuntungan jualan minyak mentah terus kepada rakyat,salurkanlah kepada peningkatan mutu sistem pengangkutan awam kita.Naik taraf sistem aliran bas dan teksi,penempatan terminal yang selesa dan efektif,keselamatan pengangkutan diperkemaskan,tingkatkan moral rakyat terhadap keupayaan sistem pengangkutan awam dan lain-lain.

Dengan kejayaan itu,barulah kita boleh berbicara soal ubah cara hidup.OK?



P/S:Di saat kerajaan yang diterajui oleh Barisan Nasional mengumumkan kenaikkan kadar harga minyak,sekaligus menaikkan kemarahan seluruh rakyat Malaysia,terubat sekelumit hati bagi rakyat dan penduduk negeri Selangor apabila Kerajaan Negeri yang diterajui oleh Pakatan Rakyat mengumumkan 20 meter padu air percuma bermula 1 Jun 2008.Lihatlah perbezaan di situ.

Terima kasih Pak Khalid!!

2008-06-02

Unsung heroes





Kepada pukimak-pukimak yang jadi barua Grand Saga;

Lu memang barua!
Lu memang melayu bangsat!
Lu memang anjing Grand Saga!

Kalau lu berani,lu turun BMC lagi!
Gua dan BMC troopers sudah cam muka lu!
Melayu,cina,india bersilang jari!
'adik beradik' melayu semua macam hantu!
Duit punye pasal,terus capai kayu!

Amar Maaruf,Nahi Mungkar...Wak lu!
Abang Long...My ass..
Buat busuk persatuan!


Alhamdulillah..kes selesai.
Tuhan menolong orang yang teraniaya.

Ingat!

2008-05-28

Memori duka






FINAL BATTLE

Kasihku Berembang..

Tidak terdetik kah sekelumit titis air mata untuk jatuh melihatnya?

Tidak terdetik kah sekelumit simpati pada mereka?

Tanah yang haram boleh dihalalkan..

Penganiayaan manusia tidak sewenang-wenang terus menjadi halal..

Anak kecil mengalir bendalir suci dari mata..

Ibu yang lembut bertukar menjadi singa..

Mana Tuhan yang kau sanjung?

Sama kan?

Insya Allah...Tuhan kenal siapa kita nanti.

2008-05-27

Di suatu sudut..

Malam semalam adalah sesi makan malam aku bersama N yang tersayang.Seperti biasa hidangan kegemaran adalah 2 nasi putih+ ikan kembong masak pedas+kailan goreng ikan masin+telur dadar+tom yam campur.Itu adalah hidangan common bagi kami berdua.Sambil menanti hidangan sampai,kami berbual campur bercinta ala-ala waktu romantik walaupun masing-masing dah tak berapa nak romantik.Ketika itu perbualan,kelihatan 2 susuk tubuh manusia melintas di hadapan kami.Mereka berbaju melayu serta berkopiah dan bersongkok berjalan menuju ke meja sebelah kami.Umur dalam lingkungan 40-an yang beranak 5.Agak warak karakter mereka.

"Baru balik dari masjid agaknya..,"detik hatiku memandang masjid yang tidak berapa jauh dari restoran ini.

Rancangan Impak Maksima di layar restoran menjadi layanan kami berdua.Drama ini sangatlah best.Sangatlah best kalau tak ditayangkan di kaca TV.Kelihatan kelibat Fasha Sandha menggeletek liang liuk dengan Awal Ashaari.Mual.Buwekk..

Sambil itu aku tercuri dengar perbualan 2 orang pak alim di meja sebelah.

"Hmm..Fasha Sandha bukan minat pun dengan Datuk S tu.Datuk S jek yang lebih-lebih..,"kata Pak Alim 1

"Aku kalau jadi Datuk S tu,pun memang aku nak jek kat Fasha Sandha..sapa tak nak kan?" kata Pak Alim 1 lagi.

"hehe..Fasha Sandha kata dia kawan biasa jek..baru kenal sebulan,"ujar Pak Alim 2 pula.


Burkk!!

Gulp!!

Nak tersembur air tembikai yang aku orde.

Terbeliak bijik mata kami pabila mendengar gosip di meja sebelah.Bukan gosip rancangan melodi.Apatah lagi gosip majalah URTV.Tapi gosip Pak Aji Baru Balik Dari Masjid Berkain Pelekat Lalalalala(PABBDMBPLa).Aku tidak pernah menyangka kisap gosip hiburan tanahair turut menjadi bualan tidak kira lapisan masyarakat.Apatah lagi golongan berilmu agama.Mungkin aku yang kolot kot..Sekarang zaman siber.Macam-macam boleh berlaku.

Seterusnya kami masih lagi terdengar-dengar nama fasha sandha disebut-sebut di meja sebelah.Cuma kadar kekuatan suara mereka agak suram.

Tidak mengapa.Aku harapkan mereka gembira dengan gosip-gosip tersebut.Dan aku juga berharap aku tidak akan jumpa lagi kejadian sedemikian rupa.Aku tidak mahu menghukum manusia.Nanti aku berdosa.Jadi,aku akan cuba elakkan berjumpa orang-orang seperti ini.Kurang sikit dosa aku.



p/s:Mungkin satu hari nanti Mufti Perlis boleh jadi Pengetua AF yang baru kot..

2008-05-26

Ke mana Menghilang?

Sekian lama aku tidak meng'update' blog.

Ini luahan aku.

Mengalami kecacatan kali ke-2 menyukarkan kehidupan seharian aku.Dari hari ke sehari bahu kanan ini semakin berat untuk menunaikan tanggungjawab terhadap pergerakan kehidupan aku.Dia seakan kecewa dengan aku.Dia sedar yang aku jarang menggunakannya kerana aku seorang yang kidal.Mungkin dia kecewa dengan bahu kiri yang menjadi pilihan utama aku.Dia menghukum aku dengan cara begini supaya aku sedar akan kewujudan dirinya.

Bahu kanan,

Akan ku jaga dirimu sebaik mungkin.Jangan bimbang.Kasih sayang aku terhadap kamu sama dengan kembarmu si bahu kiri.Tiada berat sebelah.Aku tahu kamu kecewa dengan aku.Aku seperti tidak menghiraukan kamu.Tapi,jangan cepat buruk sangka.

Bahu kanan,

Masih ingatkah kamu di saat aku memerlukan sesuap nasi?ketika itu bantuanmu amatlah diharapkan.Tanpa kamu aku tidak mampu menyuapkan nasi ke mulutku.Tanpa kamu akan aku kelaparan sepanjang hari.Pada ketika ini,kamulah yang paling penting dalam hidupku.Aku pasti akan dipandang sinis jika menggunakan kekuatan bahu kiri untuk menyuap sesuap nasi.

Bahu kanan,

Masih ingatkah kamu di saat aku mulakan perkenalan dengan manusia yang lain?Kamulah punca pertama huluran silaturahim sesama insan.Tanpa kamu aku mungkin dipandang sombong oleh manusia lain.Tanpa kamu aku mungkin tidak punya kawan.Bantuan kamu begitu berhasil.

Bahu kanan,

Masih ingatkah kamu di saat memacu throttle motosikalku di jalanan?Kamulah pemacu perjalanan aku.Tanpa kamu pasti aku lambat sampai ke destinasi.Tanpa kekuatan kamu,pasti aku sukar mencilok-cilok di kota raya ini.Belum ada lagi throttle belah kiri yang boleh memulas minyak.Kamu masih bernasib baik.

Bahu kanan,

Masih ingatkah kamu di saat aku ingin memperisterikan N?Tanpa kamu,proses pernikahanku pasti terganggu.Kamu jualah yang membantu aku dalam merealisasikan hidup aku dan N menjadi kenyataan.Kamu amat mantap dan penuh keyakinan.Tapi kembarmu sekadar menggeletar penuh debaran.

Lihatlah.Kamu amat aku perlukan.Tanpamu hidupku tidak bermakna.Gandingan mantap kamu dan kembarmu mampu memberikan aku kehidupan yang selesa.Aku pohon keceriaan dari kamu.Jangan kecewa dengan aku lagi.Akan aku beri perhatian yang sepenuhnya terhadap kamu.

Aku janji.Aku tidak akan sia-siakan pengorbananmu terhadap aku.Kembalikan wajah ceria kamu.Aku rindu sangat.





p/s:Aku tidak pernah gunakan kamu untuk masturbasi.Itu yang paling penting.


2008-04-29

Hargailah wanita itu..

Seperti biasa,aku dan N menuju ke destinasi pencarian rezeki masing-masing.Situasinya seperti selalu.Pagi-pagi selepas menghidupkan enjin kereta,aku akan beri makan pada kucing jiranku,Dol.Kunci pintu rumah,buka pintu pagar,tutup pintu pagar dan teruskan perjalanan.Selalunya radio pilihan di waktu pagi ialah Hot FM.Kerana aku amat freak dan admire dengan Fara Fauzana.N pun tahu tentang itu.Dia tidak cemburu.Tapi dia cemburu kerana tidak punya suara serak seperti Fara yang menyebabkan aku jatuh hati padanya.

Tapi hari ini aku tukar selera mendengar stesen Era yang memang aku tak minat.Tapi topik rancangan pagi di Era hari ini amat menarik.Ia berkisar keterpaksaan seseorang menghadapi sesuatu situasi.Tidak kira situasi yang bagaimana.Kebanyakan pemanggil bercerita tentang terpaksanya mereka menghadapi pelbagai situasi yang sukar.Ada yang ditinggalkan kekasih.Ada yang terpaksa ikat perut untuk menghadapi kehidupan di Kuala Lumpur,dan macam-macam lagi.Ramai rupanya orang Malaysia yang hidup dalam paksaan.Kesian.
Tapi aku dan N tertarik dengan seorang pemanggil yang menghadapi masalah yang agak common di Malaysia ini.Seorang isteri yang terpaksa hidup dalam kedukaan dan terpaksa menghadapi cabaran nafsu suami.Beliau terpaksa membuat keputusan yang pada aku belum tentu bijak mahupun belum tentu bodoh.Setelah 8 tahun hidup bahagia,mempunyai 4 orang anak,tiba-tiba hati suami bercambah(bukan berubah).Suami kepingin berkongsi kasih dengan insan lain.Hati mana yang tidak tempelak pabila diberitahu sang suami ada kenginan untuk beristeri lagi satu.Dari suara yang kedengaran nampak sebak,beliau gagahkan bercerita.Beliau terpaksa berkorban kehidupan yang dibina selama 8 tahun musnah begitu sahaja.Beliau mohon dilepaskan.Aku dalam kadar otak separa beku sekadar meneliti butiran bicara tersebut.Seperti biasa pabila sang juruhebah masih lagi kurang berpengalaman dalam mengolahnasihatkan kejujuran sang pemanggil itu.

N sememangnya seorang yang feminis.Konsep feminismenya amat kuat.Dia terpanggil untuk memberi komen dari rangkul bicara radio tadi.Hatinya akan cepat tersentuh pabila golongan feminin yang dizalimi mahupun diseksa zahir dan batin.Aku sekadar mendengar keluhan N dengan penuh khusyuk walaupun otak ku masih lagi separa beku.Aku biarkan.Aku mahukan keharmonian di waktu pagi.Cuma pada aku,aku cuba positif.Kami hanya mendengar sebelah pihak.Tidak mendengar dari pihak lelaki.Jadi dari situ aku tidak mahu menjadi seorang yang bersikap judgemental.

N masih lagi seronok berhujah tentang hak seorang wanita di telinga aku.Aku sedar semua itu.Aku faham semua itu.Dan aku tertarik pabila N bercerita tentang kesakitan yang dialami oleh wanita.Aku bersetuju 100% dengan kenyataan N berkenaan kesakitan wanita selama mana dia hidup.Aku pernah dengar sebelum ini dari orang lain tapi aku jarang ambil peduli.Tapi pabila seorang isteri menceritakan semula,aku harus mengambil serius.


Harusnya golongan lelaki(khususnya aku) sedar betapa hebatnya seorang wanita itu.Betapa besarnya pengorbanan yang dilakukan oleh seorang manusia bernama wanita.Dari kecil hinggalah dewasa wanita tidak habis-habis disakiti.Dari seberat 3 kg hinggalah mencecah 70kg,wanita tidak pernah lekang dengan kesakitan.Tidak kira kesakitan itu membawa bentuk kebaikan apatah lagi keburukan.Lahirnya mereka(wanita) di muka bumi ini,khususnya yang beragama islam telah di"khatan"kan walaupun sekadar me'niti'kan hujung jarum pada atas faraj mereka.Apabila meningkat umur 9 tahun,pada ketika ramai kanak-kanak lelaki masih lagi seronok berguling-guling atas padang sambil dijangkiti tungau,wanita itu telah menuju alam dewasa.Haid tiba tidak diundang.Setiap bulan pasti ada hari-hari yang lemah,sakit,lesu dan tidak selesa yang dirasai oleh setiap wanita.Wanita menuju dewasa dengan ketidakselesaan.Lelaki menuju dewasa dengan kesedapan.Mimpi yang indah dan penuh seksual retorik.Perasaan keluarnya air mani tidak sama dengan perasaan keluarnya darah haid.Itu bezanya.Apabila menuju alam berkeluarga,kesakitan melahirkan anak umpama nyawa dihujung mata pisau.Hiriskanlah badan kamu(lelaki) dengan mata pisau,masih tidak sama dengan kesakitan yang mereka alami.Mereka bersabung nyawa membawa zuriat kamu melihat dunia.Mereka bersabung nyawa membawa pelengkap kehidupan kamu.Air mata mereka sahaja yang mampu menyejukkan kesakitan yang mereka alami.Sebab itu tuhan berikan kelebihan pada mereka.Mereka mudah menangis.Air mata mampu meredakan kesakitan.

Oleh sebab itu,sebagai seorang lelaki haruslah kita menghargai wanita.Wajib menghargai wanita yang taat pada agama dan suami.Jangan dipermainkan hati mereka.Jangan diperkotak katikkan naluri mereka.Jangan terlalu ego dengan tanggungjawab kamu sebagai seorang lelaki itu.Memang lelaki punya tanggungjawab yang berat.Memang lelaki ditugas sebagai pemimpin.Tapi pimpinlah dengan bijaksana.Bukan seperti diktator.Meraka lebih jerih menghadapi banyak kesakitan.Menangilah hati mereka dengan tawa dan riang.Hiburkan hati mereka.

Otak ku masih lagi separa beku.Terima kasih N kerana menyayangi aku.Aku begitu juga.

2008-04-23

Di Ketika itu..




Hari ini hari yang memenatkan.Aku membuat 3 orang punya kerja.Jadi hari ini aku mahu berfikir santai.Aku tidak mahu menyengkakkan fikiran.Lebih-lebih lagi di atas kebodohan Riise menanduk bola paras lutut dan terus menjaringkan gol sendiri.Tahniah!!

Ting!!

Pling!!

Toink!!

Lampu ilham aku menyala.Terasa kepala hotak aku cuba untuk pergi ke masa lampau.Mengingatkan saat-saat di waktu zaman pra dewasa.Semua orang seronok.Begitu juga aku.Aku tidak lari dari zaman keseronokan.Mengejar mengkarung,main kombat-kombat,wheelie basikal,main bola sampai celah lengan,celah leher dan pelipat kaki penuh daki,dan macam-macam lagi.

Tapi aku tak mahu bercerita tentang perlakuan aku di masa dahulu,cuma aku ingin mengembalikan watak-watak yang pernah mempengaruhi kehidupan aku.Secara tiba-tiba aku teringatkan...



Ya!!Aku sangat teruja dengan karikatur ini.Karikatur ini banyak mempengaruhi hidup aku suatu ketika dahulu.Walaupun karikatur ini bukanlah satu karakter fantasi di dunia kartun TV,tapi impak karikatur ini sangatlah besar.Setiap kali iklan 7 Up keluar di TV,pasti aku tidak lepaskan peluang menonton.Terbeliak mata aku melihat gelagatnya.Pasti ada sahaja gelagat baru yang digayakannya.Aku menganggap(ketika itu) Fido Dido adalah watak hero yang sangat cool untuk dijadikan bahan bualan mahupun rujukan.Dengan rambut yang tetap terpacak(still standing),walaupun bahaya datang melanda.Ketika meluncurkan skateboardnya,ketika itulah dia dengan cool menyedut air 7Up ketika di udara.Mata,hidung,mulut yang tiada perasaan(hanya dot-dot bolehubah bentuk).

Ohh..coolnya kamu!!

Aku sangat fanatik dengan Fido Dido.Sehinggakan aku pernah menggelarkan diri aku Fido di waktu siang,dan Dido di waktu malam.Aku yang gelarkan sendiri.Ini kerana waktu siang slot iklannya berlainan cerita dari iklan di waktu malam.So,aku dengan memandai-mandai membuat fatwa mengatakan pada semua kawan-kawan yang siang dia adalah Fid
o dan malam dia adalah Dido.Hebatkan?Aku juga pernah mengaku yang aku ini adalah Robocop.Ok.itu cerita lain.
Aku pernah merengek untuk memiliki sehelai baju Fido Dido.Puas aku membodek.Tapi tetap tidak berjaya.Hendak buat macam mana,anak seorang guru besar.Bapa aku panggil menatang ni Fido Bodo.

"Fido Bodo tak akan tolong kau jawap UPSR,"kata Enchek Mahasan.

Aku terima jawapan itu dengan penuh rasa dendam.Aku faham maksud abahku.Tapi tuhan itu adil.Ada satu ketika,ada sebuah akhbar tempatan telah menyiarkan gambar Fido Dido.Tidak silap aku Berita Harian.Keratan gambar Fido Dido itu disiarkan adalah tujuan promosi.Apa yang menggembirakan aku,syarikat Pepsi & Co iaitu penaung 7Up(M) sangatlah kreatif.Mereka mempromosikan gambar Fido Dido yang boleh diabadikan pada baju!Keratan gambar itu adalah keratan yang terbalik dan apabila diseterikakan di permukaan kain(putih sahaja),gambar Fido Dido akan terpampang megah.Aku dengan segera memotong keratan gambar Fido Dido lalu menyuruh mak aku menyeterikakannya di baju sukan sekolah aku.

"Ni apa benda ni??"

"seterika ler mak.."

"Kang terbakau kang,ni kertas ni..tak boleh ni.."

"Aler..cepatler..orang nak gi main bola ni.."

"Ish..mengarut la kau ni..tau dek abah kau,naya..bak sini!!"

"Hehe.."(gelak tak sabar nak tunjuk kat budak-budak kampung yang ketinggalan)



Tiada perasaan yang boleh aku gambarkan ketika aku berjalan keliling kampung sambil Fido Dido terpampang di dada bidang aku.Sambil menaiki basikal,aku mendabikkan dada setinggi yang mungkin walaupun ada rasa sedikit haba sisa-sisa panas seterika mak aku.

"Wuyoo..macam mana kau buat?hebat ar.."

hehehe...

"Pergh..gila ar..pandai kau lukis"

hehehe..

"Aler..bukan dia yang buat pun.."

Ek ele...

Tapi itulah saat yang paling aku tak boleh lupakan.Aku tak perlukan wang ringgit untuk memiliki patung Fido Dido.Aku tidak perlu wang ringgit untuk mendampingi karikatur kesukaanku.Aku tau yang aku bukan orang senang.Tak semua yang aku minta akan dapat.Walaupun aku anak bongsu.Dari kecil aku sudah belajar perkara tersebut.Aku berterima kasih pada abah kerana telah membeli akhbar tersebut.Tanpa abah,pasti sampai sekarang aku tidak pernah memiliki Fido Dido secara dekat.Cuma ketika berjalan-jalan di bandar,kadang-kadang aku agak sayu hati apabila melihat kanak-kanak lain memakai baju Fido Dido yang jelas Fido Didonya.Ada warna-warna.Aku tahu mereka mampu.Aku juga mampu.Aku mampu untuk memakai baju Fido Dido yang samar Fido Didonya.

Janji Fido Dido!!























Dah!Sekarang pukul 4.45pm.Aku masih lagi Fido.


P/S:Ada sesiapa yang pemurah nak hadiahkan aku sehelai baju Fido Dido?



2008-04-18

Aku Bukan Liberal

Aku tergelak kecil.

Ohh..agak besar juga gelak aku sebenarnya.

Sepanjang dua hari ini aku banyak dihidangkan babi.Eh..bukan!Kisah babi..dari negeri Johor hinggalah ke perlis.Semua orang bercerita pasal babi.tak pasal-pasal babi menjadi binatang paling famous di abad ini.Kesian binatang-binatang yang lain.Lembu,cicak kubing,mengkarung,mentadak mentadu semua terpaksa telan air liur.Mereka tiada isu untuk dibangkitkan.

So,since semua orang terlalu sibuk untuk bercerita tentang babi,aku pun turut rasa ingin bercerita.Sekali sekala nak jadi busy body.Tapi aku mula bersemangat untuk bercerita tentang babi setelah aku membaca ulasan-ulasan di sini, sini, sini lagi, dan sini juga.

Alahai...

Aku bukanlah orang yang bijak untuk bercerita perihal anatomi seekor babi.Apatah lagi untuk mengkaji kuman-kuman yang berada di dalam babi.Dan aku juga bukan ulama untuk berbicara tentang hukum-hakam islam.Tapi aku seperti dapat mengagak dan dapat kenalpasti kuman-kuman yang berada dalam tubuh penulis-penulis blog itu.Kuman dinamakan Yess Boss Saya Cium Bontot Encik.Singkatannya YBSCBE.Sindrom ini sudah lama di dalam diri sesetengah pemimpin yang ada di Malaysia ini.Tak kira BN mahupun PR.Apabila sesuatu isu itu dibangkitkan,dengan rasa tidak bersalah mereka menyatakan pendapat yang menyokong atau membangkang.Faktor sokongan juga berlandaskan fakta-fakta yang boleh dipertikaikan dan juga faktor bangkangan pula sekadar membuta tuli.Kesian aku tengok golongan YBSCBE ini.

Apa yang aku nak tekankan di sini adalah ulasan daripada isu babi yang aku linkkan tersebut.Sebagai anak jati Melaka(Sg Rambai) yang merantau mencari rezeki di Selangor ingin saya tekankan!

"Wahai YB-YB sekalian,terutama Pak Ali,saya berharap YB-YB sekalian berpijak lah di bumi yang nyata.Janganlah kamu terus menghentam kerajaan Selangor dengan isu babi itu.Dalam tidak sedar tahi babi itu secara langsung terpalit ke muka YB-YB sekalian.Kasihan saya melihat YB-YB sekalian.Kenapa YB-YB sekalian begitu menyalak menyatakan bangkangan terhadap projek negeri Selangor?Adakah YB-YB memberi nasihat yang ikhlas?Adakah YB-YB secara tidak langsung ingin memberitahu masalah babi ini telah lama tidak dapat diselesaikan oleh kerajaan Melaka(BN) sendiri?

Bagaimana sebuah negeri yang mempunyai permasalahan babi yang teruk boleh memberi teguran kepada negeri yang ingin menaiktaraf kepada perusahaan babi berpusat?seperti seorang penagih dadah primer(candu) menegur seorang penagih dadah sekunder(ectasy,kokain) supaya jangan menghisap dadah lagi.Aku cuba mengambil positif dari ulasan-ulasan YB semua.Tapi semakin aku baca semakin aku tertawa.YB-YB semua memang pandai untuk berbicara.masakan tidak,YB-YB berjaya memegang tampuk kerajaan Melaka dengan jayanya.Negeri Melaka adalah negeri pertama yang mengumumkan kerajaan negeri selepas kiraan undi PRU 12 tempoh hari.Syabas!

YB-YB pandai untuk memanipulasikan pemikiran masyarakat dengan isu babi ini.YB juga pandai menyelit perkataan islam di setiap ulasan-ulasan yang diberi.Kalaulah aku seorang atheist sudah semestinya aku akan menganggap kamu lah cahaya kebenaran aku selama ini.Sudah lama aku menganut agama kamu kerana aku boleh bercakap mengikut musim.Mula-mula aku diam,selepas itu aku bersuara.Kemudian kalau ada isu panas terkena batang hidung,akan aku pertahankan sehabis mungkin.Hebat betul YB-YB sekalian.
Apalagi yang YB-YB tidak berpuashati?kenapa kamu dengki dengan projek yang dibuat oleh kerajaan negeri Selangor?Biarkan mereka buat.Andai kata mereka tidak berjaya,barulah kamu ada fakta dan punca untuk membangkang.Aku tahu kamu semua inginkan pencegahan awal,tapi kerana apa?Kerana secara tidak langsung kamu ingin katakan projek babi di negeri kamu tidak berjaya untuk dipulihkan?pakailah sistem moden macam mana pun,pencemaran pasti berlaku.begitu?

Kalau kamu sentuh bab islam,semua orang tahu isu babi adalah sensitif unutk orang islam.Menjadi taboo kepada orang melayu.Tapi teluskah kamu menegur kerajaan selangor hanya permasalahan babi sahaja?Sebagai orang islam apa peranan YB-YB melihat kilang-kilang arak,pusat judi atas bukit dan macam-macam lagi di selangor?Tegurlah!!

"Oh..tidak boleh.Dari dulu dah ada dah kilang Guiness tu.Dari dulu dah Genting tu tercongok kat atas bukit tu.Itu untuk orang-orang kafir.lagipun bukan buat dekat kawasan orang islam,"kata YB-YB dalam hati.

Jangan pergunakan islam untuk berpolitik semata.Kalau kamu telus untuk berbicara soal hukum agama,kalau kamu semua telus perjuangan isu halal-haram,bukan hanya projek babi sahaja kamu boleh bangkang,kedai empat nombor ekor pun kamu boleh suruh mereka tutup.Di sini aku ingin tekankan,kenyataan YB-YB semua bukan berlandaskan pengangan islam.Kamu semua bermain politik tentang isu ini.Kamu semua yang memainkan sentimen.Bukan kerajaan negeri Selangor.Kamu semua yang menyebabkan rakyat keliru dengan sikap kamu semua.Kamu jua lah yang memperjuangkan Islam Hadhari sambil dalam poket penuh ribuan ringgit.Sekali kamu menyokong Islam Hadhari Pak Lah,sekali itu akaun kamu bertambah wangnya."


Sekadar renungan untuk semua;

Ketika kamu menyindir Kerajaan Selangor menghadiahkan seekor babi kepada setiap rakyatnya,dalam tidak sedar Kerajaan Pusat(BN) menghadiahkan rakyat Malaysia dengan seekor manusia bernama Muhammad Taib.

Dosa babi kita nampak kerana babi itu najis dan tidak punya akal.Dia sondol semua.
Dosa Muhammad Taib kita tidak nampak kerana dia 'suci' dan punya akal.Dia sondol semua juga.

sekian.


2008-04-16

Kosa Kata

Mari kita main satu permainan!

Sebagaimana kita ketahui Bahasa Melayu mempunyai pelbagai jenis perkataan.Setiap perkataan membawa maksud yang tersendiri.Tak kira perkataan itu dicedok dari bahasa asing mahupun slanga yang dicipta mengikut peredaran zaman.Semakin hari kamus dewan DBP semakin tebal.

Pernahkah anda bermain pertukaran perkataan?Maksudnya menukarkan perkataan asal di dalam sesuatu ayat dengan perkataan yang lain dan menghasilkan satu kenyataan yang kelakar,lucah dan sinis.

Tidak faham?

Ok.Begini.

Ambil satu contoh;perkataan KERJA.

Katakan suatu masa dahulu perkataan KERJA ini tidak wujud.Sebaliknya pencipta perkataan ini telah memilih perkataan LANCAP untuk memberi maksud yang sama.

KERJA=LANCAP

Jika perkataan LANCAP ini digunakan dalam kehidupan seharian,apa yang berlaku?
Kita biasa dengar ayat-ayat yang menggunakan perkataan KERJA.Contohnya;

Ayat yang menggunakan perkataan KERJA

"wei..kau dah abis KERJA ke?lama aku tunggu ni.."

"Fuhh..letih aku..banyak sangat
KERJA.."

"Jangan
KERJA kuat sangat..kesihatan kena jaga juga,sayang"

"Kau
KERJA kat mana?"

"Aku be
KERJA kat Pertama Kompleks"

"Nanti lepas kau balik dari
KERJA,kau singgah kedai jap ek?"

"hari-hari kau
KERJA kau tak boring ke?"

"KERJA!KERJA!KERJA!...hari-hari KERJA!macam sial!"


Ok.Sekarang kamu tukarkan perkataan KERJA kepada LANCAP.Contoh ayat;


Ayat yang menggunakan perkataan LANCAP

"wei..kau dah abis LANCAP ke?lama aku tunggu ni.."

"Fuhh..letih aku..banyak sangat LANCAP.."

"Jangan LANCAP kuat sangat..kesihatan kena jaga juga,sayang"

"Kau LANCAP kat mana?"

"Aku berLANCAP kat Pertama Kompleks"

"Nanti lepas kau balik dari LANCAP,kau singgah kedai jap ek?"

"hari-hari kau LANCAP kau tak boring ke?"

"LANCAP!LANCAP!LANCAP!...hari-hari LANCAP!macam sial"

Bagaimana?Anda boleh juga cuba & salah perkataan yang lain seandainya anda berasa kelakar.Terpulang pada bijaksana anda.

Selamat menchoba!!


***

pontianak pulau gadong..ye la tu..

2008-04-15

Ayam ke telur?

Kebiasaannya orang akan berkata chenta itu buta.Erk..bukan si chenta..tapi cinta.
Tapi tahukah kamu sebenarnya cinta itu adalah suatu yang celik.Terang.Penuh dengan cahaya.

Maksudnya cinta itu sempurna.Cinta tahu untuk pergi ke mana sahaja di dalam pelusuk jiwa manusia ini. Tidak perlukan bantuan tongkat si buta.Cinta boleh berdiri dengan sendiri.Siapa kata cinta perlu ditambah?Cinta tidak perlu ditambah-tambah.Sifat semulajadi cinta itu akan berkembang dengan sendirinya.Cinta itu tahu arah tuju mereka.Cinta itu bebas bergerak di dalam adrenalin sistem tubuh manusia.Jangan kongkong cinta itu.Jika kita kongkong ia akan menjadi seperti span(bukan spongebob).Yang menjadikan span itu makin hari makin berat adalah sikap manusia.Manusia itu yang membentuk span itu berubah bentuk.Sikap manusia yang boleh berubah-ubah mampu mezahirkan cinta dalam pelbagai situasi.Kasihan cinta.Kredibiliti cinta itu seolah-olah tidak pernah dipersetujui dalam konteks perhubungan manusia.Mereka tidak percaya yang cinta itu boleh menghidupkan perjalanan kehidupan manusia.Mereka tidak percaya yang cinta itu lebih konstruktif dari mereka.Mereka lebih percaya bahawa cinta itu perlu disandarkan sesuatu.Apa dia?

Duit.
Kata-kata.
Sentuhan fizikal.
Material.
Ke'aku'an.
Ke'kita'an.
Zuriat.
etc.

Pernahkah kamu terfikir bagaimana wujudnya cinta pada waktu di zaman batu dahulu?Bagaimana dalam situasi perbualan yang terhad,visi intelektual yang terhad,mereka mampu menzahirkan rasa cinta?Apa method yang diaplikasikan?

Cinta sudah merentas masa begitu lama.Sepatutnya cinta itu sudah diangkat sebagai satu metafora yang unggul.Cinta itu sendiri sepatutnya sudah diberikan pengiktirafan yang terhebat berbanding dengan sifat ego yang ada dalam diri manusia.Ada dua soalan untuk pencinta semua;

adakah manusia perlukan cinta?

atau

adakah cinta itu perlu ada dalam manusia?


Siapa perlu Siapa sekarang?


2008-04-11

Kisah menyayat hati..

di suatu hari;

babi 1:wahh..best la korang dapat pindah tempat baru..mahal tempat ko..RM100 juta tuuu..

babi 2:nak wat camne..dh rezeki..

babi 1:tp yang babi2 lain dok kecoh2 pasal korang nak pindah kenapa?

babi 2:ntahler..itu yang aku xpaham tu..masa diorang pindah kat putrajaya yang kos billion2 tu kitorang xbising pun..

babi 1:tuler tu..dasar babi tak sedar diri..baru duk kat putrajaya dh kecoh..

babi 2:takpelah..aku sebagai babi biasa hanya dapat doakan diorang sedar asal usul diorang..

babi 1 & babi 2: ammiinnn.....

2008-04-09

Perang saudara UMNO (Mukhriz,KJ & Toyo)























Yup!!

Coming soon...Nantikan kemunculan mereka.

Siapa yang lebih hebat??

Siapa yang lebih tangkas??

Siapa yang lebih cekap??

Siapa yang lebih tepat menembak??

Siapa yang tak aci pakai bom??

Atau siapa yang akan pura-pura mati dahulu??

nantikan...


kredit gambar untuk :Mob's Crib

2008-04-05

Fcuk!!

Bodoh!

Sputid!

Kaninabo!

Yamakahai!

Ma cibai!

Virus sputid!

Hilang Karya Cinta Agung aku!

Hilang bersama dengan angin.

Angin Amarah!

Pantek!

................................

Tettt!!

Full stop!!

Dott!!

2008-03-24

bontot 2

Ok..kita sambung kisah bontot.Rentetan dari kisah entri yang pertama,banyak bontot yang telah kita perhatikan.Tapi jangan dilupakan bontot-bontot yang invisible.Maksudnya yang kurang mendapat perhatian.antaranya:

5.Golongon bontot tonggek.
Golongan ini terdiri daripada orang-orang yang rasa diri mereka hebat dan tidak pernah rasa malu untuk berdiri atau lalu di hadapan manusia.Seolah-olah mereka masih diterima oleh rakyat.Mereka dengan angkuhnya berjalan sambil menonggek kan bontot walaupun tidak seghairah mana jika dipandang.sesungguhnya orang yang berjalan sambil bontot tertonggek ini lagaknya sombong dan juah.Mereka tidak sedar yang sikap dan attitude nya yang jijik masih diingati oleh rakyat.Contoh terdekat Tan Sri Muhammad Taib(Mohd Tyson)

6.Golongan Bontot leper.
Golongan ini pada mulanya mempunyai bontot yang pejal.Mantap.Tapi disebabkan usia,sikit demi sedikit bontot mereka makin leper.Agak kasihan.Golongan ini makin kurang popular.Biasanya orang yang berbontot leper kurang mendapat perhatian berbanding orang berbontot tonggek.Tapi mereka masih cuba untuk untuk memenangi hati masyarakat.Pelbagai cara yang dilakukan.Kemenangan tempoh hari tak menjamin bontot mereka kembali pejal.Walaupun menang di hati masyarakat,tapi tidak di mata ketuanya.Contoh terdekat Rafidah Aziz dan Azmi Khalid.

7.Golongan bontot berselulit.
Golongan ini agak bahaya.Mereka dikira masih relevan untuk berada di dalam kelompoknya.Golongan ini selalu berkawan dengan golongan bontot tonggek.Mereka selalu berpadu tenaga yang kononnya mereka adalah yang terhebat dalam semua bidang.Golongan ini mempunyai masalah yang begitu ketara sehinggakan tidak boleh diselindung.Tapi mereka masih lagi berlegar-legar di dalam kelompok ini.Selulit mereka tidak dapat disorokkan lagi.Tapi dengan penuh rasa bangga,mereka hidup dengan aman di dalam kelompok mereka.Mereka begitu selesa.Contoh terdekat ialah Tan Sri Nazri Aziz dan Datuk Noh Ahmad.


8.Golongan lubang bontot buasir
Golongan ini merupakan golongan yang paling malang.Mereka hanya berguna apabila dirasakan perlu sahaja.Mereka selalu disodom dari lubang bontot.Sehinggakan di hari pilihanraya mereka masih lagi disodom dari belakang sebagai pemangkin motivasi kepada mereka untuk menang.Mereka suka dan rela.Mereka fikir mereka masih relevan walaupun bontot hari-hari kena tutuh.Tapi langit tidak selalu cerah.Lubang bontot mereka mengalami buasir.Mereka dilayan seperti sampah.Mereka dibuang dari kelompok ini.Mereka dianggap sudah rosak dan berpenyakit.Tidak boleh bercampur dengan orang sihat.Mereka akui mereka berpenyakit.Kesian.Contoh terdekat Dato' Jamaluddin Jarjis.

9.Golongan Lubang Bontot Kembang Kuncup
Golongan ini merupakan faktor kejayaan di dalam kelompok mereka.Mereka pada mulanya dipandang tinggi.Faktor mereka jatuh adalah kerana Golongan Tak Ada Bontot(rujuk entri Bontot).Lindungan payung dari Golongan Tak Ada Bontot tidak dapat membantu karier mereka.Kembang kuncup bontot mereka minta sokongan.Tapi mereka ditolak oleh kuasa istimewa.Kuasa istimewa melebihi kuasa Golongan Tak Ada Bontot.Kesian.Contoh terdekat Datuk Idris Jusoh dan Datuk Seri Shahidan Kassim.

10.Golongan Bontot Cantik
Golongan ini adalah yang terbaik di sebalik golongan yang ada.Mereka tahu menilai yang mana baik dan buruk.Mereka berani buat perubahan.Mereka tahu mencantikkan bontot mereka.Mereka jaga bontot mereka demi keturunan anak cucu mereka.Mereka mahu melihat anak cucu mereka ada bontot yang cantik.Mereka tak mau seperti 9 golongan yang lain.Mereka inginkan perubahan.Mereka bijak membuat keputusan.Mereka sudah tahu konsekuensi yang terjadi dari tindakan mereka.Mereka nak 9 golongan tadi itu sedar.Contoh terbaik ialah Golongan Melayu Konservatif,Pengundi Atas Pagar dan Pengundi UMNO-Reform.

Itulah sedikit sebanyak perihal golongan bontot yang ada.Mereka yang mencorakkan perjalanan politik di Malaysia.ada yang positif dan ada yang negatif.Sama-samalah kita berusaha mencipta atau menjadi yang terbaik.Tiada lagi kisah bontot selepas ini.Mungkin kisah lain.Harap tiada yang terasa hati.

Mungkin kisah Buah Dada barangkali.

2008-03-17

Bontot.

Rata-rata semua orang masih hangat memperkatakan impak daripada PRU 12 tempoh hari.Walaupun PRU12 telah kita tinggalkan hampir 2minggu,cebis-cebis cakap politik masih ke arah itu.Kesan-kesan dari kekalahan dan juga epik-epik kemenangan masih lagi diukur congak oleh permerhati politik tak kira media cetak mahupun media elektronik.Tak lupa juga rakyat Malaysia masing-masing meluahkan pendapat mereka.Tidak kira yang baru setahun jagung mengenali parti-parti itu sehinggalah warga tua yang dah direjectkan oleh parit-parit politik itu.

DEB,Pemilihan Kabinet,Khairy Jamaluddin,Pak Lah,Lim Kit Siang,UMNO,DAP,PAS,PKR dalah perkataan-perkataan yang popular disebut-sebut setakat ini.Semua orang sudah pandai mengulas.Budak kecil pun dah tahu siapa itu Lim Kit Siang.Pakcik Harun yang noreh getah pun dah reti sebut DEB.Makcik Rokiah yang duduk Kampung Balau pun tau kedengkelan Khairy Jamaluddin.Inilah kesan daripada keputusan pilihanraya tempoh hari.

Aku mengambil sudut positif dalam apa jua yang berlaku di dalam hancing politik ini.Tapi dalam keterbukaan yang kita hadapi sekarang ini,tidak dapat dinafikan bahawa ada golongan yang merana.Ada golongan yang menangguk di air yang keruh.Dan yang paling banyak adalah golongan yang terlalu mengikut emosi.Sangat sedikit untuk kita melihat orang yang betul-betul pure dalam memperjuangkan sesuatu isu.Masing-masing hendak jaga bontot.Masing-masing juga ada yang kepanasan bontot.

Dapat aku simpulkan bahawa dari hasil keputusan pilihanraya ini,lahirlah beberapa golongan.Di antaranya:

1.Golongan yang panas bontot
Golongan ini sememangnya telah berada di comfort zone yang begitu lama.Mereka sudah terlalu selesa duduk di kerusi empuk.Mereka tidak peduli kaumnya terpinggir walhal apa yang dipraktikkan oleh partinya adalah penyebab kaumnya terpinggir.Yang penting tembolok mereka penuh.Tapi apabila kiamat berlaku di kawasannya,dengan penuh semangat kaumnya,menyelar dasar kerajaan negeri baru.Diarakkan segala bala tentera.Mengembar-gemburkan bahawa kaumnya akan terpinggir apabila dasar itu diubah.Masakan tidak,kalau dahulu segala projek-projek dapat dialibabakan kepada kaum lain,sekarang bukan sahaja nak alibaba,nak mamijarum pun tak boleh.Dah nasib do re mi lah mereka semua.Jadi bontot-bontot mereka ini semacam panas dan tidak boleh duduk diam.Mereka telah hilang arah.Kantung mereka semakin susut.Mereka takut dengan bayangan sendiri.Contoh tokoh yang terdekat ialah Setiausaha Perhubungan UMNO Pulau Pinang Dato' Azhar Ibrahim dan Dato' Seri Khir Toyo.


2.Golongan jaga bontot

Mereka terdiri dari golongan yang menang ataupun golongan kepada yang menang.Mereka tahu mereka selamat.Mereka ini biasanya mempunyai kepentingan ataupun sememangnya bebal dan menjadi pak turut dalam apa jua saranan.Mereka sedar,tersilap langkah pasti mereka jatuh.So,mereka cuba untuk duduk di dalam safe zone.Segala pertuturan dijaga.Segala sokongan adalah yang padu.Mereka nampak kepincangan yang berlaku,tetapi mulut terpaksa ditutup agar apa yang diperolehi sekarang tidak terlepas sekelip mata.Mereka tak mahu menjadi seperti orang-orang yang kalah.Walaupun mereka tahu sokongan padu rakyat semakin menipis.Mulut berbuih-buih menangkis tomahan yang dibuat kepada ketuanya.Contoh yang terdekat ialah Ketua Pemuda UMNO Datuk Hishamuddin dan Timbalan Presiden UMNO Dato' Seri Najib Tun Razak.


3.Golongan ikut bontot.

Golongan ini paling ramai.Golongan ini senang untuk dipengaruhi.Mereka cepat untuk terpengaruh.Dan mereka juga cepat untuk melatah.Golongan ini selalu disudukan dengan agenda-agenda yang dibuta matakan.Senang cerita,mereka ini buta hati.Apabila pemimpin mereka kata itu,mereka laungkan itu.Apabila pemimpin mereka kata ini,mereka jeritkan ini.Mereka tidak mengerti di sebalik polemik yang berlaku.Sedangkan mereka sudah lama ditanamkan kebencian pada sesuatu golongan sehinggakan pada mereka tanpa pemimpin mereka Malaysia ini akan jahanam.Mereka juga tidak boleh terima perubahan.Pada mereka perubahan yang dilakukan oleh pemimpin mereka adalah yang terbaik.Tiada cacat cela walaupun mereka sendiri sudah terpinggir sebegitu lama.Kesian.Contoh terdekat ialah Penduduk UMNO Pulau Pinang dan pembaca Utusan Malaysia.


4.Golongan Tak Ada Bontot

Golongan ini secara terang-terang dihukum oleh rakyat untuk kalah.Tidak kira kalah di peti undi mahupun sokongan rakyat.Tapi golongan ini masih lagi tanpa segan silu mempertahankan hak dan juga bercakap tentang keadilan.Mereka ini sudah tiada bontot untuk duduk,tapi masih lagi tidak malu untuk bercakap berdegar-degar.Walaupun sesetengah golongan ini menang di peti undi,tapi rakyat sudah tahu najis yang dibawa oleh mereka.Golongan ini paling bahaya antara semua.Mereka umpama raja.Mereka tidak sedar kuasa rakyat.Kuasa rakyat lebih hebat dari kuasa mereka.Tapi tetap menafikannya.Pada mereka "They speak for People" bukan "People Speak for Them."Contoh terdekat ialah Pak Lah,Datuk Samy Vellu dan Khairy Jamaluddin.

Banyak lagi golongan-golongan baru yang muncul.Mereka menyemarakkan senario politik Malaysia.Pada aku politik Malaysia sekarang saling tak tumpah macam tandas.Lubang jamban penuh kotoran dan najis.Perlu dibersihkan.Ahli politik umpama cleaner.Berilah peluang kepada mereka untuk bersihkan.Jika 5 tahun lagi lubang jamban untuk masih lagi busuk,tukarkan cleaner itu.Itu saja.Aku sebagai pengguna ada hak untuk bersuara tentang kebersihan "tandas" ini.Jangan menidakkan suara pengguna.

Kepada cleaner lama,renung-renungkan kenapa kontrak kamu tidak disambung.
Kepada cleaner baru,buktikan yang kamu boleh bersihkan "tandas" itu.

2008-03-13

Oi! It's A World League volume 1


Acthung! Achtung! Acthung!

Pada sesiapa memiliki compilation album ini tolong inform gue..gue cube cari dalam Malaysia tapi tak jumpa..even kedai aunty kat campbell pun dah takde..kot2 korang ade copy lagi,kongsi-kongsi la ngn gue..

Aku dah try beli from ebay,tapi xleh go through..cam hampeh..aku tak tau apasal..

so,pada sesiapa yang ada(aku tau yang album ni dulu dlm bentuk kaset),kot korang dah convert into CD lagi bagus..sila email aku Nazri1106@gmail.com..

kalau korang nak jual aku beli..

Racial Parody

"Gila la..Habis la melayu penang..DAP dah pegang.."

"Padan muka oghang penang..sapa soh pilih DAP?jadi singapore kedua la hangpa suma"

"Ish..camne ni?orang melayu mesti kena tindas punyela..cina babi dh perintah.."

"orang melayu ni bodoh..pilih pembangkang..diorang tu racist..
"



Ini antara ayat-ayat yang kedengaran sekitar selepas beberapa hari PRU 12.Ayat-ayat yang berbaur kebencian suatu kaum.Ayat-ayat yang menunjukkan ketakutan suatu kaum.

Ya!Satu-satunya kaum yang penuh dengan racial jurisdiction yang sangat tebal.Penuh dengan rasa sangsi.Tidak boleh terima perubahan tampuk pimpinan.

Apa yang ada dalam kepala otak kamu wahai melayu-melayu sekalian?

Apa yang kamu takutkan dengan penindasan kaum lain?

Apakah peluang DAP untuk mentadbir Pulau Pinang sudah ditafsirkan sebagai gagal memperjuangkan nasib melayu di sana?

Apa ni?nasib melayu?nasib cina?nasib india?

Kebergantungan nasib kamu adalah di atas diri kamu sendiri.Kamu yang bertanggungjawab dalam perubahan nasib kaum kamu sendiri.Bukan menunding jari ke sana sini.Apa yang UMNO perjuangkan nasib orang melayu di Penang?Sejauh mana ketelusan Gerakan dalam wacana pentadbiran di Penang satu ketika dulu?

Yang penting kita adalah rakyat Malaysia.Duduk serumpun.Spesis melayu ini sudah diketahui sememangnya penakut dari dahulu lagi.Dari zaman Tuanku Abdul Rahman lagi.Memang kamu hebat di jalanan.Memang kamu hebat pada 13 mei 1969.Tapi kamu tidak hebat dalam permainan minda untuk mengejar kemajuan.Pasif dalam daya saing.Seolah-olah kaum Melayu akan menjadi hamba apabila kaum lain mentadbir.Jadi miskin.Papa kedana.

Usaha la bodoh!!

Kamu masih lagi mahu disogok dengan segala macam keistimewaan.Kamu masih inginkan tongkat.Kalau boleh tongkat emas.Kamu takutkan kaum minoriti ini menguasai negara Malaysia yang kamu katakan Tanah Melayu ini.Masih lagi kamu "tune"kan kepala kamu dengan sentimen pendatang kepada mereka,walhal kamu pernah bersekolah bersama-sama,bermain bola bersama-sama dan macam-macam lagi.

Kamu kata mereka racist.Kamu lagi racist.Sebab apa aku kata begitu?Kamu fikir sendiri.

Ini Tanah Melayu!Kedaulatan Tanah Melayu harus dijaga!

Bodoh!

Ya.Tanah yang datuk nenek kamu teroka.Bukan kamu!Bukan tanah kamu yang asli!!

Jangan bongkak dengan kenyataan tanah melayu ini.Terus terang aku katakan aku lebih benci melayu yang racist.Melayu yang telah diberi tongkat,tapi masih mempunyai sifat racist.Sepatutnya kamu harus berlaku adil dengan menjaga golongan minoriti ini daripada mereka terasa dipinggirkan.Bukan lagi membenci.Bukan lagi mengklasifikasikan apa yang mereka buat.

Aku sendiri pun tidak sempurna.Masih lagi dijajah dengan pemikiran yang dikelilingi melayu bersifat perkauman.Aku diajar dari kecil supaya menjadi melayu sejati.Aku cuba lari dari kelompok ini.Tapi agak sukar.Apa yang aku boleh buat,sentiasa positif dengan apa jua perubahan yang berlaku.Tidak boleh lari dari konsep melayu,aku ubah cari lain.


Tukarkan Pulau Pinang ke Pulau CINAng.Baru orang melayu diam.

Lega.

2008-03-10

bila mata biru terbuka,roket terus terbang ke bulan dan akhirnya penyapu terpalit ke muka..

Ya!Kekalahan yang tidak mengecewakan.

Cakap-cakap politik telah membuktikan bahawa suara senyap rakyat telah didengarkan secara langgar dan lari amat berkesan.Ya!mereka langgar prinsip.Meraka lari dari kelompok biasa.Mereka langgar tradisi.Mereka lari dari menjadi mangsa kerakusan politik jijik pihak kerajaan.

Pulau Pinang..

Aku menguntum senyuman

Kedah...

Menampakkan barisan gigiku

Perak..

Terasa hiba kegembiraan

Selangor..

Hampir menitis air mata ku

Tiada satu jangkaan yang tepat dapat ditafsir dari kehilangan keempat-empat negeri tersebut.Barisan Kerajaan seakan Kalu(kaku + kelu).

Buatlah post mortem seberapa banyak yang mungkin.Buatlah soul searching seberapa lama yang mungkin.Kamu tidak mampu menjangkaui pemikiran rakyat marhaein yang kamu perbodohkan.Aku tidak mahu mengulas angka-angka kemenangan dan kekalahan.Terlalu klise.

Cuma sekadar ingatan.Kepada negeri-negeri yang masih dibayangi Gelombang Biru,berfikirlah sejenak.Kamu juga rakyat Malaysia.Yang membezakan adalah pendedahan sentimen politik yang dibobrokkan kepada kamu.Rakyat "negeri baru" masih lagi saudara kamu.Masih lagi mampu menghadiri kenduri kendara kamu.Masih lagi bertandang bila tiba Hari Raya.Masih lagi menyambut Tahun Baru Cina.Deepavali masih lagi kedengaran.Tiada bezanya.

Yang membezakannya ialah prinsip.Prinsip mereka senang.

"Pemimpin ialah hamba.Rakyat bukan pencacai"

"Pemimpin yang DIPILIH.Rakyat yang MEMILIH"

Saksikanlah episod lembaran baru di dalam arena politik Malaysia.Semakin menarik.Aku yakin,semakin hari semakin banyak cabaran dan isu yang akan ditempuh oleh kesemua parti politik.Ini kerana rakyat sudah bijak!Rakyat sudah bijak untuk membezakan yang mana tahi yang mana nasi.Mana harus ditolak,dan yang mana harus ditelan.

2008-02-27

mengKonda Kundi

Mengundi itu WAJIB!

Wajib my ass!!

Apa yang kamu tahu tentang wajib?apa yang kamu nilaikan kewajipan mengundi itu?

Kamu,kamu dan kamu hanya tahu berbicara sahaja.Konon dosa dan pahala semua kamu tahu.Konon kamu penegak keadilan.Keadilan yang pasti jijik dari kaca mata aku.Tapi kamu seolah-olah tahu dosa dan pahala manusia di muka bumi.

Kalau kamu mengatakan undi itu WAJIB dari segi aspek sosio-politik,aku masih anggap kamu waras.Belum tentu jatuh dosa kalau tidak mengundi kerana sosio-politik tiada neraka.Belum tentu juga masuk syurga kalau mengundi kerana dalam sosio-politik itu tiada syurga.Tapi apabila kamu mengaitkan keWAJIBan itu berlandaskan ISLAM,kamu tahu ape kesannya?

Aku tahu dalam ISLAM itu perlukan kepimpinan ISLAM.Di Malaysia?Aku bukanlah penyokong parti biru tua,ataupun hijau mahupun biru cair.Malah aku tidak memandang apa jua manifesto-manifesto kejadah yang dibentangkan walau sekelumit pun.Ok,mungkin aku jeling sedikit.Tapi apa yang kamu boleh harapkan dari parti-parti yang mencorakkan suasana politik di dalam Malaysia ini?Jangan kamu gunakan kenyataan Pakcik Yusof Al-Qardhawi hanya sekadar untuk menyedarkan umat manusia itu bahawa undi itu WAJIB.

Wak lu!

Kamu tahu ape itu ciri pemimpin?Kamu tahu apa itu ciri pemimpin islam?Apabila aku diWAJIBkan mengundi,maka secara tak langsung aku memilih timbangtara dosa dan pahala aku berdasarkan pengundian aku tersebut.Begitukah?

Bodoh!Aku tidak mahu pahala mengundi.
Bangang!Aku tidak mahu dosa mengundi.

Jangan cuba mempermainkan dosa pahala manusia dengan dakyah kamu.Di Malaysia cara atau konsep politik kamu tidak menjaminkan kamu masuk syurga.Belum tentu juga kamu automatik menjadi ahli neraka.Jadi cuba kempenkan parti-parti kamu sekadar dari konteks politik.Politik semata.Politik dua mata.

Aku tidak mahu menyentuh konsep kepimpinan.Kamu tahu sendiri.Kalau kamu rasa pembangkang itu najis,kamu lagi najis.Kalau kamu rasa kerajaan itu hina,kamu lagi hina.Politik di Malaysia bukan untuk kewajipan dalam bentuk institusi agama.Politik di Malaysia lebih ke arah kesenangan sosio-masyarakat,Kemudahan infrastruktur,penaiktaraf ekonomi,dan juga peningkatan tamadun manusia.

Ingat!Anda di Malaysia.Negara yang hebat di sebalik sebuah negara islam.

Konon.

Setiap percakapan pemimpin di Malaysia ini umpama kencing atau berak dari dalam mulut sahaja.Apabila bercakap di depan rakyat,terus berbau hancing dan tengik.Senario politik di Malaysia tiada yang perlu dibanggakan.Dan tidak perlu juga untuk dikecamkan.Apa jua bentuk tindakan akan terpalit ke muka sendiri.

Diam bukan bererti pasif.Diam itu jijik melihat keadaan sekeliling.

Kamu faham maksud aku?

Tidak faham tidak mengapa.

2008-01-14

Epilog Sabarudin Cibai

Aku ditendang
Aku ditolak
Aku diterajang
Aku didusta


Wak lu!


Mak cibai kau!
Aku dah cukup penat
Aku dah cukup sesat
Tanggung dosa lalu
Hingga kini masih dungu


Kau tahu kenakan orang
Tapi kau tak tahu yang kau memang cibai!
Tak reti bahasa
Susahkan orang yang dah memang susah


Suka la kau!
Guling.Gelak.Geletek perut.
Aku dah masak mainan kau
Macam TAHI!
Macam HARAM!
Macam SIAL!


Aku sumpah kau jadi mengkarung


INGAT!


MENGKARUNG!!!!!!!

2008-01-10

kisah mengkarung

Tiada apa yang menarik selain dari melihat seekor mengkarung yang berjalan-jalan di tengah panas di celah-celah pepohon lalang.Teringat aku di waktu kecil dahulu,ketika aku masih naif dalam dunia keji ini.Kehidupan sebagai budak kampung masih utuh di dalam jiwa aku.Sehingga dewasa aku masih lagi budak kampung.Cuma seorang budak kampung yang tinggal di dunia urban yang keji ini.Kembali kisah ketika aku kecil dahulu.Aku gemarkan pengembaraan.Jauh aku mengembara.Seingat aku paling jauh ialah belakang rumah aku.Sudah cukup adventure.Pada ketika itu aku seperti Indiana Jones yang mencari Bahtera Nabi Noah.Sangat teruja.Setiap kali aku memandang ke kawasan belakang rumah aku,aku pasti tersenyum.Pelbagai imaginasi karut aku simpulkan dalam otak.Pelbagai senario yang aku apply bagi merealisasikan pengembaraan aku sukses.Terlalu banyak treasure yang perlu aku discovered di belakang rumah aku.Even Lost World of Bukit Tambun pun kalah dengan kisah di belakang rumah aku.Itu kisah lain.

Kembali kisah tetang mengkarung.Dahulu aku cukup suka melihat mengkarung.Cantik.Berkilat-kilat kulitnya.Dari jauh aku sudah boleh melihatnya.Walaupun di celah-celah lalang.Keterujaan itu menyebabkan perasaan ingin tahu aku meluap-luap.Setiap kali aku ternampak kelibat sang mengkarung,aku akan kejar sampai dapat.Biasanya memang aku tak dapat.Pada ketika itu aku anggapkan mengkarung adalah haiwan yang bijak.Tak seperti kucing-kucing aku atau ayam buta mata sebelah peliharaan abang aku.Mereka semua bodoh.Bengong.Bila panggil untuk waktu makan,berderet-deret datang.Asyik ikut buntut.Tak macam mengkarung.Dia seekor yang rebel.Pantang nampak bahaya.Pasti dia cepat-cepat menyelamatkan diri.Aku suka.

Sikap mengkarung yang berwaspada sememang aku kagumi.Aku selalu angankan ingin membela mengkarung di dalam rumah.Walaupun aku tahu akan mendapat lempangan maut dari mak aku.Ataupun redha dengan kematian mengkarung aku di bawah tapak selipar bapak aku. Aku sentiasa ingin mendekati makhluk itu,tapi mereka tetap berjaya meloloskan diri.Aku selalu kecewa.Pulang ke rumah dengan tangan kosong.Angan-angan hanya tinggal kenangan.Apabila aku meningkat dewasa sedikit demi sedikit perhatian aku terhadap sang mengkarung makin berkurangan.Aku lebih memberi perhatian pada dunia porno.Salahkan porno wahai sang mengkarung!Tapi aku dapat rasakan yang mereka pasti berasa lega apabila tiada lagi Indiana Jones yang memburu mereka.Dapatlah mereka mengembangkan zuriat mereka dengan tenang dan jayanya.

Apabila dewasa,aku mula sedar.Aku mula tahu.Kehebatan sang mengkarung ini sebenarnya tidaklah begitu gah.Aku mula mengenali binatang-binatang yang lain.Sebenarnya mengkarung ini adalah seekor binatang yang penakut.Mereka bukanlah tergolong dari golongan yang baik-baik.Walaupun diri mereka cantik berkilat.Dihiasi dengan jalur-jalur kilat.Umpama barang kemas.Macam orang kaya.Cantik.Tapi sebenarnya mereka adalah golongan yang kurang keyakinan diri.Tak sanggup menghadapi masalah.Apabila memasuki dunia baru atau ke tempat baru,pasti mereka akan menjadi takut-takut.Nampak bahaya di hadapan,mereka lari.Nampak kelibat manusia,mereka lari.Mereka selalu cuba lari dari masalah.Takut untuk menghadapinya.Sebab itu sampai sekarang mereka masih lagi tinggal di celah-celah pohon,celah-celah lalang.Takut untuk ke depan.Apabila mendapat tekanan sekeliling,mereka akan menggelupur ketakutan.Masih sangsi dengan dunia luar.Masih seperti orang asing.

Aku bagaikan kehidupan aku umpama sang mengkarung.Walaupun secara zahirnya paras keyakinan aku nampak tinggi,tapi sebenarnya aku kalah dengan tekanan sekeliling.Aku tak mampu nak menghadapi desakan-desakan semberono yang secara total menyengkakkan kepala otak aku.Aku akan kaku.Tapi aku cuma tidak seburuk sang mengkarung.Terlalu cepat melarikan diri.Aku cuba tidak melarikan diri.Aku cuba menyelesaikan masalah-masalah sekeliling.Tapi aku menjadi lebih melankolik dari mengkarung itu.Terlalu banyak negatif dari positif.Terlalu banyak mencari positif sehinggakan tidak sedar yang negatif telah menjajah dalam diri.Secara tidak langsung perasaan untuk melarikan diri itu ada.

Aku tidak mahu menjadi mengkarung.Tapi mereka sudah mempengaruhi hidup aku.Kalu dahulu aku cukup teruja dengan mengkarung,tapi kini tidak.Kalau dahulu aku cuba mendekati mereka,tapi kini mereka telah memasuki dalam diri aku.Aku cuba keluar dari kepompong mereka.Tapi bagaimana?

Ah.

Aku berdoa agar diri aku akan berubah.Tidak seperti dahulu.Inginkan peningkatan.Sekurang-kurangnya aku berjaya menghadapi masalah-masalah yang datang dengan yakin.Tanpa rasa takut.Aku tidak perlu mentor seekor mengkarung.Mungkin aku perlu pilih makhluk lain.

Ya.Seekor biawak.Walaupun buruk tapi kulit mereka lebih keras.

p/s:Err..mengkarung makan apa ek?

2008-01-06

aku dah converted!!

Ya!

Untuk kesekian kalinya aku ingin memberitahu bahawa dalam masa 2 minggu ini aku telah mempunyai dunia yang berbeza.Dunia yang asing dari sudut pengabdian diri.Bukan lagi bersifat individual.Segalanya memerlukan kudrat untuk mengimbangi kehidupan yang baru ini.Tidak boleh tidak.Apa yang perlu ditangani,apa yang perlu diisi,semuanya termaktub dalam membran sel otak aku.

Bukan lagi mono.Sudah boleh diiktiraf sebagai dual concept yang perlu dititikberatkan dalam kehidupan.Kalau dahulu perspektif aku hanya menuju ke dalam diri sendiri,tapi sekarang tidak lagi.Segala pergerakan,percaturan,perhitungan memerlukan kunci kira- kira yang tepat.Sahih.Landasan pemikiran juga memerlukan kemantapan dari segi membuat keputusan.Tidak boleh teragak-agak.Firmed.Sekali tergelincir,kredibiliti diri menjadi taruhan.Tapi kita tidak boleh lari dari melakukan kesilapan.

Sebagai orang baru dalam organisasi kekeluargaan,sememangnya aku perlukan banyak pembelajaran.Dari A hinggalah ke Z.Sokongan moral dari yang tercinta juga diperlukan.Dari batin hinggalah ke zahir.Ops!Dari zahir hinggalah ke batin.Aku berterima kasih kerana memiliki si dewi yang amat memahami diriku.Dia umpama pistone yang menggerakkan jiwa dalaman aku.Tanpa dia,aku tak mampu untuk mengharungi dunia manusia ini.Terima kasih N.

Aku dan N sudah berjaya mengharungi fasa pertama.Fasa permulaan untuk menempuh pelbagai lagi fasa.Sangat indah.Kisah hidup yang banyak dugaan.Umpama cinta Rama dan Sita.Lebih indah dari kisah Bill Clinton dan Hillary.Kurang sedikit dari Rumi and Juli.

Sekalung terima kasih buat sahabat handai yang memberi sokongan dan menjayakan majlis kami.Aku tidak lupakan jasa kalian.Ucapan-ucapan tahniah dari kamu amat aku hargai.Kata-kata kamu akan aku simpan.

Andry:Pelan-pelan kayuh..

Brandon:takkan berkurung dalam bilik kot..tau la musim hujan..

Ayu sorai:Congrats for ur wedding..

Jorji:sudah masuk kerja ka belum?ingat!lu sekarang sudah jadi SUAMI! :)

Megat:dah lekat ke belum?

dan banyak lagi...

Pada sahabat-sahabat yang memberikan hadiah,aku ucapkan terima kasih.

kepada :

Fariz: Hadiah hang terbaik!even i'm not used to play it..

Mus: Nyamuk rumah aku lari tengok hadiah ko..

K.E:Aku suka..

Jorji:telah aku abadikan di dinding aku..aku makin insaf.

Wawa:Thanks sweetheart..paksu suka hadiah kamu..

EMKAY staff:hadiah u all banyak..akan ku guna sebaik mungkin..

Mantoi:hadiah lu pun terbaik..i'll bring on the jamming session later..

Chenta:kalau kamu tak bawak hadiah pun xpe..kedatangan kamu hari tu pun sudah buatkan aku terharu..

dan banyak lagi....

TERIMA KASIH SEMUA!!!

BEST REGARDS;

MR NAZRI & MRS NOFA