2007-08-20

Terdetik semula.

emalam aku telah menghadirkan diri ke jemputan perkahwinan sahabat lamaku.Encik B namanya.Encik B ialah sahabat masa zaman sekolah.Zaman muda remaja.Zaman penuh lendir-lendir dosa.Sama juga zaman sekarang.Cuma dosa sekarang agak matang sedikit.Tidak keanak-anakan.Tidak perlu masuk penjara atas kesalahan yang dilakukan.Tidak perlu mengelabah apabila ditegur polis.Tidak perlu gopoh apabila takut terkantoi setelah membakar sekolah.

Apabila aku sampai di majlisnya,seperti biasa mengucapkan tahniah pada pihak pengantin.Oh ya!Encik B berjaya mengahwini gadis pilihan yang berumur 18 tahun.

18 tahun!

Walaweeh!!

Kalau dihitung,jika Encik B berumur 17 tahun,baru selesai menduduki SPM,isterinya baru selesai menduduki UPSR.Itupun belum campur dengan hingusnya yang masih meleleh.Tapi isterinya cantik.Anggun.

Tahniah!

Aku seperti biasa menjamu selera bersama-sama dengan N.Rombongan kami terdiri daripada A,A,A,E,W,C,J, dan H.Kemudian di susuli S dan suami.Tidak lama kemudian G datang bersama anak-anaknya.Mereka sahaja yang aku kenal.Seperti zaman sekolah.Cuma cerita agak berbeza.

"anak kau minum susu apa jay?"

"anak aku golek-golek keliling katil"

"anak aku baru 6 bulan"

"mengarut jek kawin-kawin ni.Membazir!"

"uuiih...belo..yang halal best."

"dah dapat??!!"

Itu antara dialog-dialog perbualan kami.Secara umum bentuk perbualan lebih ke arah pembinaan insitusi kekeluargaan.Kecuali berkenaan yang membazir itu.Itu kata-kata dari seorang duda bertatoo.Aku dan N sekadar menjadi pemerhati.Kami belum ada anak.Perancangan keluarga.hehe.

Pada ketika sesi perbualan,kepala aku melayang memikirkan saat-saat zaman sekolah.Pada umur senaif 17 tahun,apa yang kamu tahu?

Seronok.

Seronok hisap rokok.

Seronok minum arak.

Seronok hisap ganja.

Seronok berjima' di dalam Laser Disc Room.

Seronok curi motor.

Seronok curi chikedes'.

Seronok ajak budak cina bertumbuk.

Semuanya seronok.Kata kuncinya seronok.Sememangnya pada umur 17 tahun itu adalah waktu seronok.Kena rotan dengan Cikgu K pun seronok.Kemudian calarkan keretanya dengan syiling RM1.Lagi seronok.Mati hidup semula pun kamu kata kamu betul.Cikgu yang tidak berhati perut.Hidup penuh rebel.Keinginan untuk rebel menyebabkan kehidupan begitu seronok.Masing-masing ada culture sendiri.Ada yang jadi punk.Ada yang rasa diri mereka sudah habis grunge.Ada yang terapkan metal cult dalam kehidupan seharian.Ada yang taksub dengan skinhead philosophy.Tidak lupa juga ada yang menjadi KRU fan club dan Alien Workshopholic.Semua ini dinamakan proses mengenali diri.Mengenali diri dalam bentuk memilih konsep cara hidup yang sesuai.Apabila sesuatu cult diterapkan dalam diri,segala bentuk teori dan amalinya terus diamalkan.Sehinggakan ada yang taksub.

Tempoh manis umur 17 tahun memang seronok jika diingati.Orang putih kata "sweet 17 always make you smile".Orang melayu kata "umur 17 kena ambil SPM".Semacam satu kuasa yang mempengaruhi setiap remaja yang berumur 17 tahun.Setiap langkah yang diatur pasti ada misi yang tertentu.Yang pasti segalanya penuh dengan rasa memberontak.Rasa teruja.Negative phenomenon.Lahiriah yang pasti memberikan impak kepada orang sekeliling.Akan pasti akan ada yang terluka.Kecil hati.Menyampah.

Tapi pada kami yang berumur 17 tahun(ketika itu),pasti berkata:

"Persetankan semua itu..aku tak kacau orang"

"Aku punya suka lah..kau apahal?"

"wei cina bangsat!..apasal ko kacau awek aku?"

"cikgu K ni cam lahanat la..babi.."

"wei..jom curi motor.."

"malas ar g sekolah..aku tak siap lagi amali kimia.."

Kami tidak peduli perasaan orang lain.Yang penting kami gembira.Seronok.Tapi itu telah berlalu lebih kurang 10 tahun yang lepas.Segalanya serba sedikit berubah.Dari menjadi seorang yang tidak berfikir panjang,sehingga menjadi seorang yang berakal panjang.Tapi mana mungkin 100 % perasaan rebel itu hilang.Sedikit sebanyak masih ada di hati.Cuma ada saluran yang sesuai untuk diluahkan.Apa jua bentuk perubahan yang berlaku,pasti mempunyai sejarah yang tersendiri.Apabila dikenangkan kesilapan dan dosa yang pernah dilakukan,pasti akan ada rasa sesal.Kamu akan tertawa sendirian apabila terkenang semua itu.Bagi aku,apa jua kesilapan dan dosa yang aku buat,aku simpan elok-elok untuk tatapan aku di akhirat nanti.Apa jua kebaikan dan pahala yang aku buat,aku gunakan untuk perjalanan aku di akhirat nanti.

Perjalanan masih jauh.Aku masih lagi seronok.

p/s:Kepada Miss S,Terima kasih kerana menjadi salah seorang pembaca misteri blog aku.Walaupun aku tahu yang kamu agak pening.Sekurang-kurangnya aku tahu kamu baca.Thank you.