2010-12-08

Kembali Menulis

Kepala aku sakit sangat..
Itu yg buat aku ingin kembali menulis..
Harap2 aku akan kembali lega..

2010-02-19

Lagu Hari Ini




Sebelum Cahaya


Ku teringat hati
Yang bertabur mimpi
Kemana kau pergi cinta
Perjalanan sunyi
Engkau tempuh sendiri
Kuatkanlah hati cinta

Ingatkan engkau kepada
Embun pagi bersahaja---->air wudhu
Yang menemanimu sebelum cahaya ----->waktu subuh
Ingatkan engkau kepada
Angin yang berhembus mesra------>azan subuh
Yang kan membelaimu cinta

Kekuatan hati yang berpegang janji
Genggamlah tanganku cinta
Ku tak akan pergi meninggalkanmu sendiri
Temani hatimu cinta

Ku teringat hati
Yang bertabur mimpi
Kemana kau pergi cinta
Perjalanan sunyi
Engkau tempuh sendiri
Kuatkanlah hati cinta


P/S:Kenapa lirik mereka sungguh indah? sudah!!..pergi solat subuh.

2009-07-23

entri separuh bogel

Hahaha..begitu lama aku tidak update entri-entri yang sepatutnya..pegi lantaklah!!sebenarnya sepeninggalan aku,banyak perkara yang perlu aku selesaikan..Oh..ye..e-novel aku masih dalam pembikinan..sudah hampir separuh..InsyaAllah sebelum hujung tahun siap kot..selain menyiapkan e-novel,banyak peristiwa yang aku tempuh..tengok kawan beranak,pindah rumah,accident motor,accident atas katil,etc..macam-macam perkara yang berlaku..

************
Buat Mak Tam & Tonet;selamat melahirkan baby yang pertama...rajin-rajin letak bawah lampu kalimantang,biar cerah sikit..
************
Buat mummy,jaga diri elok-elok..jaga makan,jangan terlalu minum banyak ais..tolong fokus baby dalam pewut u..jangan biar dia rasa tersisih..hikhikhik..
************
Buat Mat Bangla yang langgar aku tempoh hari,TOLONG BAYAR DUIT REPAIR MOTOR AKU CEPAT SIKIT!!!AKU TERAJANG RUSUK KAU BARU KAU TAU!!itupun kalau kau reti baca blog.
************
Buat penyokong Man United---->baik korang sokong pasukan lain..tuhan itu Maha Adil..sejak team Man United datang,Kuala Lumpur dilanda jerebu 3 hari..terang-terang tuhan bagi bala kat korang..tak nampak lagi ke??..ish..ish..ahli neraka jahannam kamu semua..hahahaha..
p/s:maleh nak sembang juah!

2009-04-16

tis...tis..tis..

Ok..
Aku boleh menulis..

Tunggu...

"Arau,Segalanya Bermula Di Sini"

p/s:Entri untuk menaikkan semangat kembali menulis.

2009-01-30

***Jawapan yang bertanya didengar Nabi...




"Bahasa Terindah"

Yang diucap dalam bahasa terindah.
jawapan yang bertanya didengar nabi.
antara kagum dan khusuk setiap ayatnya.
lereng gunung menjadi amat sunyi.
suara saja tegas bergema.
disampai arah berkias maksud serentak,
tapi jelas intinya.

tidak sedetikpun Allah menghindar.
atau mencemuh nabi disisi segala didoa.
dipenuhi segala yang dipinta tulus dan,
penuh baraqah.

yatim ia tak berlindung,
tidakkah tersedia juga bumbung baginya.
awal begitu bergantung,
kini tidakkah merdeka,
bebas hidupnya.


lirik: Dato' A Samad Said
lagu: Ramli Sarip


Aku masih lagi bergasak dengan situasi di Gaza..
Hanya mampu bergasak di dalam lubuk hati..
Lubuk hati yang belum tentu suci..
Suci dengan kudrat ilahi..

**takut


p/s:klip di'cedok' dari youtube.tak tau nak kredit untuk siapa.tapi suara Ramli Sarip tetap meruntun jiwa ini..

2009-01-21

Kontrasosial Mati

Bila kamu termenung,

Runtuh kota Hemmingway sebelah timur,

Aku luntur dalam kelopak matamu,

Bertakung kebencian di benakmu,

...............

Dalam jiwa ada muka,

Muka bermuka bergelak senda,

Kekufuran minda yang terkapai-kapai,

Mencari agama yang belum datang,

Kau rampas!

Kau henyak!

Kau rakus!

.....................................

Peluru bagaikan ruji biasa,

Ketawa melihat darah,Ketawa melihat luka,

Ketawa apabila suara tiada,

Tiada nilai ketawa,

Tiada.

..............................

Palestin itu hancur!

Palestin itu kotor!

Palestin itu hanyir!

Tunjang silam goyah menggigil,

Berlendir air liur syaitan ketawa..

.....................................

Menari-nari menanti hukum neraka,

Berlari-lari meninggalkan syurga,

Guguran keringat tiada balasan,

Hampir pasti,

Semua mati,

Nama Palestin tetap gah di bumi

Sunyi.

Sepi.

Mati.


Aku petik karya puisi ku pada tahun 2007 di laman blog friendster.

2009-01-06

Duduk*Duduk* Diam-diam!

Sakitnya!Macam nak pecah dada!

Si Helang Putih 14 batang sudah CUKUP!Sang Surya Masin harus diberhentikan.

Dott.

2009-01-02

Walk ON..Walk on..WalK oN...

Aku sungguh berhajat ke sana.InsyaAllah kalau selesai segala masalah,kami akan ke sana.Coba beralih angin.Mencari ruang ruang kehidupan.Perancangan sudah berlegar-legar.Tinggal untuk diaplikasikan sahaja.2009 untuk berubah.

Sahabat sudah menunggu di sana.Sahabat-sahabat lain sudah mengorak langkah.Kami masih lagi menanti kata putus.Sambil-sambil itu dengarkan ini:





cHeers~~~

2008-12-31

Salam Dua Ribu Sembilan

Tinggal lagi 40 minit untuk memasuki tahun 2009 masehi.Aku masih lagi di ofis.Banyak perkara berlegar-legar di benak fikiran.Teringat perkara-perkara yang masih belum dibereskan lagi.Tahun 2008 boleh dikatakan tahun yang agak caca merba ataupun agak kelam kabut bagi aku.Ada benda gembira yang aku terima.Ada perkhabaran buruk yang aku dapat.Tidak mengapa...



*************



Awal Dua Ribu Lapan...

Aku sang suami

Aku punya isteri

Aku punya benih

Aku punya dua ibu

Aku punya dua ayah

Aku gembira


Di tengah Dua Ribu Lapan...

Aku hilang punca

Aku hilang arah

Pintu rezekiku tertutup

Aku ditendang

Aku depresi yang amat

Aku ditekan

Aku sengsara

Aku terjatuh

Terduduk

Tersepuk

Tersungkur

Di hujung Dua Ribu Lapan...

Aku punya rezeki baru

Alhamdulillah

Zuriat

Aku gembira

pengubat duka

Tiada yang buat aku tenteram walaupun gundah

Dunia baru,orang baru, semua baru


Tapi,


Aku tidak kuat persis dahulu

Aku cepat tegang

Aku bisa pening

Mata berpasir

Tiada obat

dan

Aku sedar

Aku sangat jauh

Jauh dari kalimah

Kalimah yang beratapkan syahadah

Syahadah yang bersujudkan sajadah

sajadah yang berhamparkan ibadah

Ibadah yang bertunjangkan Allah

Itu sudah cukup

Buat aku rasa

bergetar


Selamat datang Dua ribu Sembilan....




Jam menunjukkan 11.53pm.Aku masih lagi di ofis.

Oh ya..Salam Maal Hijrah yang ke Satu Ribu Empat Ratus Tiga Puluh Hijrah.Orang Melayu memang selalu lupakan hari tersebut.






2008-12-21

M.A.S.K

Hu..Hu..Hu..

Aku cukup teruja jumpa intro siri kartun ni..

Aku pernah berangan-angan..

Ya..

Aku nak!Aku nak!

2008-11-26

L'esprit de l'escalier?Entahlah...

Semenjak dua menjak ini aku terngiang-ngiang kehidupan aku di zaman belajar dahulu.Aku tidak tahu mengapa.Tapi yang pasti segala perjalanan kisah hidup aku di waktu itu terbawa-bawa hingga ke mimpi.Segala macam peristiwa umpama slide show di hadapan mata.Dari suka,duka,gelak,enjoy dan macam-macam lagi.Itu kehidupan aku ketika menjadi student yang kental untuk tinggalkan bumi kering Arau.Seronoknya terlalu banyak.Biasalah..bila kamu seorang student,tidak terlalu banyak masalah yang kamu perlu fikirkan.

CGPA...

carried mark....

assignments...

En Nordin...

baju bundle...

Takde hutang...

Gaduh dengan budak kelantan...

Failed paper UIS...

Mata rabak kepala penuh..

Danok..

Pegang dinding rumah sewa rasa kebas..

Apa lagi?

Oh..ye..berasmara di dalam kereta kenari..

banyak lagi..

Bila dicongak-congak,aku menghampiri usia ke 30an.Terasa baru semalam aku tinggalkan bumi Arau.Tuhan itu adil.Gambaran yang diberikan sebagai anjakan kepada diri menyuruh aku berfikir sejenak.

Tuhan uji aku dengan keseronokan supaya aku beringat.Tapi aku cepat lupa.Aku lupa yang Tuhan itu Maha Ingat.DIA tak lupa perbuatan aku dahulu.Aku terlalu cepat lupakan DIA.

Sewaktu menaip butiran perkataan ini pun,setiap peristiwa sewaktu belajar masih lagi berlegar-legar di benak kepala aku.Aku tidak tahu mengapa.Semakin cuba aku elakkan,hati aku berdebar.

Susah nak cakap.

Ia seperti perasaan apabila kau melihat bulu mata kiri kau jatuh,kau rasa semacam perkara buruk akan berlaku.Aku harap tidak.

Mungkin aku ada buat satu kesalahan yang terlalu besar ketika itu.Mungkin Tuhan ingin tunjukkan punca-punca kemelaratan masalah yang aku hadapi sekarang?Entahlah..

Memang aku bahagia sekarang..Aku ada Mummy yang understanding..Aku ada Andy yang comel..tapi dengan kebahagiaan yang ada ini,timbul persoalan di otak aku..inikah kebahagian yang aku hendak dari hasil acuan kelakuan aku ketika dahulu?kalaulah dahulu aku berkelakuan baik,perjalanan hidup yang teratur,adakah corak kebahagian aku sekarang masih statik atau bertambah baik?Aku tak sangup menganiayai orang lain.Lebih-lebih lagi orang yang aku sayang.

Buat masa ini,aku perlu ruang waktu.Bukan ruang untuk mengasingkan diri.Tidak.Aku perlukan ruang waktu yang baru.Ruang yang mampu buat aku rasa selesa,tidak depresi dengan kesilapan yang aku pernah buat.Bukan maksud tidak menyesal,tapi aku perlukan ruang yang asing dan fresh untuk aku berinteraksi dari segala segi tanpa rasa susah hati.Umpama aku berada di daerah yang asing tapi hidup aman tanpa seorang pun tahu yang aku ini adalah manusia yang penuh dengan masalah.Watak yang ada masih kekal.Cuma ruang sahaja yang berubah.Dan aku tidak bersedia lagi untuk obses waktu yang dahulu.Noktah.

Harap-harap aku berjaya.


**********


Duduk diam-diam.

Tidur.

Sembahyang.

Doa.

Ikhlas untuk hidup.

Tammat.

2008-10-27

Entri yang Klimaks!

Hari ini adalah hari mencari musik kehidupan untuk diriku.
Dah lama aku ingin posting this entry.
Pada aku perempuan Malaysia punya bakat yang hebat.
Aku terkesima dan teruja dengan kehebatan yang ada.
Ini antara yang hebat dari yang terhebat.

tAPi sebelum itu;

Salute!!
Salute!!

KoKOkAINa




YunA





Siapa kata perempuan Malaysia tak power?
Cool kan?


P/S: Err..Perempuan malaysia yang aku maksudkan tidak ditujukan golongan spt erra fazira,ziana zain,ezilyn dan seangkatan dengan nya.

P/P/S:Mummy..bila nak belajar main gitar?

Hilang gelap terbit terang

Arghh!!
Aku kejang dengar lagu ni.
Aku nak hidup zaman ni!!tolong!!



Stim lagi?

2008-10-26

Terbaik!

Current mood : Mencari muzik klasikal yang menenangkan.

Karya Canon in D Major memang asyik.Masuk terus ke dalam jantung.Banyak versi Canon in D major yang boleh kita dengar dan tonton.Tapi ini versi yang terbaik setakat ini.Versi agresif.Setuju dengan Najwanhalimi.

Beliau terbaik.Jerry C from Taiwan.

Dengarkan..




Stim?<----- pinjam frasa dari chenta.

Sampai bila?

Bila ia akan sudah?
esok?
lusa?
tulat?
kulat?

Naik berkulat ketiak ini menunggu
Aku tahu ini salah
salah aku yang dahulu
Persetankan cakap orang tua
Padan muka

Ibu dan Bapa punya angkara
Jasad zuriat tercela
Pandang kiri ; kuping (baca:sedih)
Pandang kanan ; kudis (baca:menangis)
Pandang atas ; kuping (baca:tertekan)
Pandang bawah ; kudis (baca:menyesal)
Pandang belakang ; jangan sesekali!

Ibu,
Jangan kau sugul
buat aku risau
Ibu,
Jangan kau ketawa
buat aku risau
Ibu,
Jangan kau termenung
buat aku risau

Benda ini hanya sementara
itu kata orang tua

kata orang muda?
bagaimana?


p/s:Andy..daddy tekanan.Period.

2008-10-01

Sendu di Pagi Raya

Selamat Hari Raya!

Salam lebaran untuk semua.Hari raya ini aku bekerja.Tidak seperti tahun-tahun sebelum ini.Pagi-pagi ini aku ditemani oleh Fara Fauzana yang bertugas di konti Hot Fm.Kami sama-sama berbakti untuk kemajuan syarikat masing-masing.Tidak mengapa.Aku redha.
Kali ini hari raya aku berbeza.Aku didatangi kehadiran insan baru yang memenuhi ruang lingkup 'pokok keluarga' ku.Terasa lengkap keluarga baru ku ini.Terasa baru sahaja aku berkahwin.Alhamdulillah..segala-galanya selamat.Insan baru yang sangat comel dan kacak ini berjaya menambat hatiku untuk bersedia menjadi seorang ayah yang bertanggungjawab.Akan aku curahkan segala kasih sayang untuknya.Akan aku serahkan segala jiwa demi kesejahteraan anak ku yang tercinta.
Aku sangat bersyukur walaupun diri ditimpa kesusahan,aku diberi hadiah yang sangat berharga.Kehadirannya melenyapkan segala permasalahan yang menimpa diriku.

Bak kata Khabini "Lu dah jadi bapak,fokus kat anak..hutang2,masalah lain pegi mampus!"

Ya.Betul!

Aku terasa diriku sangat kaya apabila dirinya muncul.
Aku terasa diriku sangat berjaya apabila dirinya muncul.
Aku terasa diriku sangat bahagia apabila dirinya muncul.

Buat Mummy,
Aku ingin pohon sejuta kemaafan di atas segala kesalahan/kesusahan yang membebankan kamu.
Aku ingin menjadi insan yang berguna.
Berikan aku kekuatan dan semangat untuk berubah.
Aku tahu kamu penat.Lelah.Tepu.
Tapi percaya,ada sinar baru di hadapan.
Beri aku peluang.
InsyaAllah.

Buat Andy,
Daddy akan berusaha menjadi seorang ayah yang bertanggungjawab.
Daddy akan jaga Andy sampai bila-bila.
Daddy tidak akan melukakan hati Andy.
Daddy berjanji yang Andy akan mendapat secukup kasih sayang.
Beri daddy peluang.
InsyaAllah.

Buat Abah,
Aku pohon kemaafan dari kamu.
Banyak kesalahanku yang melukakan hati kamu.
Aku tahu kamu redha dengan perbuatanku.
Tidak pernah terduga anakmu seperti ini.
Tapi kamu tabah.
Aku berjanji tiada lagi songsang dalam hidupku.
Beri aku peluang.
InsyaAllah.

Buat Emak,
Kamu permata dalam sejuta permata.
Kamu tahu anakmu ini boleh berubah.
Hati kecil kamu telah aku lukakan.
Aku tahu kamu kecewa.
Aku mohon ampun di bawah telapak kakimu.
Aku mohon restu di bawah telapak tanganmu.
Aku berjanji tiada lagi derai airmatamu.
Akan kubuat kamu tertawa semula.
Beri aku peluang.
InsyaAllah.

Buat semua,
Selamat Hari Raya Aidilfitri dari Aku, Mummy dan Farish Andhika Putra.

Sayang selalu!

2008-09-04

KUASA untuk berPUASA

Mungkin entri ini agak lewat untuk ditulis..

Sekarang sudah memasuki puasa yang ke-3..Alhamdulillah.Aku masih lagi upaya untuk berpuasa.Kali ini suasana puasa aku berbeza.Aku telah memasuki fasa manusia bergelar suami.InsyaAllah tidak beberapa lama lagi aku akan memasuki fasa manusia bergelar bapa.Semua fasa yang aku lalui setakat ini bukan melalui jalan yang mudah.Tidak semudah memetik jari.Tidak sesenang memakan kacang.Tidak seindah mencium pipi.Tidak sebusuk mencium tahi.Cukup untuk membuat aku berfikir di mana kuasa Tuhan itu teramatlah besar.Kuasa tuhan ada di mana-mana.Aku selalu berpegang pada keupayaan yang dipanggil force by nature.Tapi aku tidak pernah berfikir yang nature itu sendiri telah didorong/didokong oleh suatu KUASA yang lebih hebat.

Kalau dahulu aku selalu beranggapan bahawa setiap musibah yang menimpa adalah di atas kecuaian diri sendiri.Cuai untuk menyelesaikan masalah.Cuai untuk tidak berfikir secara bijak.Maka kesan yang buruk/negatif jatuh ke atas bahu.Segala perasaan akan timbul.Kecewa.Depresi.Cukup sadis.Bertitik tolak dari situ,aku cuba perbetulkan keadaan.Aku cuba perbetulkan keadaan tanpa mengambil kisah satu KUASA yang lain yang mampu untuk merubah apa jua yang aku inginkan.Sikap ignorance aku itu memakan diri sendiri.Aku menganggap keupayaan aku ini sudah cukup bijak dalam menyelesaikan masalah sendiri.Ternyata aku silap.Semakin hari,masalah yang aku cuba selesaikan menjadi lebih kepada musibah.Semakin hari,musibah yang aku cuba selesaikan menjadi lebih kepada kemusnahan.

Nah!Sekarang aku telah menempuh keadaan di mana kemusnahan berada sejengkal di atas kepala.Segala macam perkara berdesup-desap memasuki ruang legar otak.Segala macam perasaan bersilang-silang memasuki adrenalin darah aku.

Pucat.Lesu.Letih.Depresi.Goyah.Risau.Berdebar-debar.Takut.Kaput.

Bergetar jiwa apabila disentuh wanita berbeza dengan bergetar jiwa apabila dicuit KUASA tuhan.Itu baru sedikit.Berdebar-debar di ranjang katil berbeza dengan berdebar-debar memohon keampunan TUHAN.Itu baru sepotong ayat memohon ampun.

Keadaan aku sekarang umpama sebuah rumah yang hampir musnah dilanda ribut taufan.Perlukan sentuhan yang bijak dan dorongan untuk memperbetulkan semula rumah ini.Tanpa pelan yang bijak,pasti rumah ini akan musnah lebih teruk.Umpama tikus membaiki labu.Aku tidak mahu menjadi seperti itu.Rumah yang musnah ini harus ditegakkan semula agar ia mampu berdiri dengan megah semula.Catnya harus disapu dengan kemas agar tidak lagi kelihatan kesan-kesan comot akibat ribut taufan itu.Dan yang paling penting ialah TIANG dan LANTAInya.Foundation harus kukuh-sekukuhnya.Sentuhan spiritual diperlukan.Apa yang kurang,harus ditambah.Apa yang lebih,harus dikurangkan.

Kesederhanaan itu mustahak.


Tuhan,

Andai kamu dengar
Aku hambaMU yang hina
Perlukan bantuanMU

Bantulah aku

Aku di simpang yang terlalu jauh
Terlajak dari destinasi yang KAU tunjukkan
Tarik aku dengan KUASAMU
Aku pohon
pohon dariMU

Ya Tuhan.

2008-08-27

Kembali..

Come back for good!!

aku kembali setelah sekian lama aku menyepi diri..sekembalinya aku ke sini umpama sekembali DS Anwar kembali ke arena saluran politik berparlimen.Berkedudukan di dewan rakyat.Cuma kembalinya aku tidak sehebat beliau.Aku masih lagi di sini.

Sepanjang kehilangan aku penuh dengan dugaan dan rintangan.Bukan sekarang untuk aku bercerita.Mungkin kemudian hari.Aku masih lagi menjadi warga kota yang memenuhi tuntutan rembesan kecairan poket seluar manusia.Masih lagi dijajah dengan wang ringgit.Masih lagi dikelilingi masalah-masalah norma manusia.

Ahh...bila aku boleh jadi merpati?Bila aku boleh jadi pepatung?

Mungkin mustahil.

Tapi tidak mustahil untuk aku menjadi lebih baik.

Ok.

Sekadar pemanas badan pemula semula penulisan aku ini.

Aku masih lagi menanti kemunculan DIA...